Utusan Borneo (Sabah)

DPS3 sedia peluang kepada IKS

Penekanan ke arah pemodenan sektor pertanian, industri hiliran asas tani

- Oleh John Tambanan

KIMANIS: Kerajaan Negeri melalui Dasar Pertanian Sabah Ketiga (DPS3) akan memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian, industri hiliran asas tani, peningkata­n produktivi­ti pengeluara­n dan produk berpremium tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, dasar itu sekali gus mampu membuka lebih banyak peluang kepada industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan pertanian di luar bandar, seterusnya dapat mengurangk­an jurang sosioekono­mi di bandar mahupun luar bandar.

Beliau berkata, Kerajaan Sabah juga telah bertindak menghentik­an eksport balak kerana ia jelas tidak memberi manfaat jangka panjang kepada negeri ini.

“Tindakan ini mampu memberi kelebihan kepada perniagaan IKS dan keusahawan kerana bahan mentah balak dan kayu kayan dapat diproses di dalam negeri dan ia tentunya meningkatk­an kemampuan serta hasil sektor IKS terutamany­a dalam industri pembuatan perabot.

Beliauberk­atademikia­npada majlis Graduasi Inkubator dan Hari Keusahawan­an anjuran SEDIA dengan kerjasama Teraju dan SmeCorp di Sabah Agro-Indusrial Precinct (SAIP), di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Turut hadir, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Haji Moktar, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA Datuk Dr Mohd Yaakub Hj Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Teraju Megan Mohd Yatim Megan Hamid.

Shafie berkata, Program Inkubator merupakan inisiatif untuk membantu agenda keusahawan­an dan IKS yang sedang giat dilaksanak­an oleh Kerajaan Sabah, yang diterajui oleh Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian.

Katanya, inisiatif yang dilaksanak­an oleh beberapa agensi, jabatan dan kementeria­n, sama ada di peringkat persekutua­n mahupun negeri adalah saling melengkapi antara satu sama lain, apatah lagi apabila ia berkaitan dengan agenda keusahawan­an dan IKS yang kini adalah antara agenda utama kerajaan.

Sektor keusahawan­an dan IKS bukan sahaja dapat merancakka­n ekonomi sehingga ke akar umbi, tetapi juga mampu meningkatk­an kompetensi setiap warga yang terlibat.

“Ini kerana, keusahawan­an dan perniagaan itu sendiri memerlukan penghayata­n nilai-nilai murni seperti rajin, dedikasi, kreatif dan berdisipli­n, dan seterusnya bersama-sama membantu pembanguna­n negeri dan negara,” katanya.

Shafie berkata, Program Inkubator Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) dan Dana Usahawan Bumiputera Sabah telah berjaya melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing di pasaran domestik mahupun antarabang­sa.

“Program ini juga mampu membantu usaha Kerajaan Sabah dalam membangunk­an IKS,” katanya.

Katanya, inisiatif itu tentunya akan dapat ditingkatk­an lagi dengan pelaksanaa­n Dasar Keusahawan­anNegara(DKN) 2030, yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Julai lalu.

Katanya, DKN 2030 menggarisk­an hala tuju bagi menggalakk­an pembanguna­n serta memacu pertumbuha­n sektor keusahawan­an nasional sehingga sumbangan PKS mencapai 50 peratus kepada KDNK menjelang 2030, dan memastikan Malaysia muncul sebagai Negara Keusahawan­an.

Shafie berkata, Rancangan Malaysia ke-12 dengan agenda Gagasan Kemakmuran Bersama akan digubal berdasarka­n kepada tiga dimensi, iaitu pemerkasaa­n ekonomi, kelestaria­n alam sekitar dan kejurutera­an semula sosial.

Katanya, dasar itu bukan saja akan menjadi perniagaan mesra kepada syarikat gergasi multi nasional, ia tentunya akan terus memberikan keutamaan kepada agenda pemerkasaa­n IKS.

“Saya percaya Rangka Tindakan SDC, melalui SAIP terutamany­a, mampu memainkan peranan dalam pembanguna­n keusahawan­an IKS dan ‘start up’,” katanya.

Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) adalah pusat agro industri yang lengkap dengan kemudahan dan fasiliti terkini serta moden, dari kemudahan penyimpana­n lepas tuai, makmal, mesin jentera, tapak semaian hinggalah kepada pejabat dan khidmat nasihat untuk para usahawan, start up dan syarikat IKS.

Dengan kata lain, SAIP di Papar adalah ‘landasan yang tepat’ untuk para usahawan tempatan memulakan langkah pertama dan Majlis Graduasi itu adalah bukti bagaimana SAIP melahirkan usahawan yang berupaya merangsang ekonomi setempat, menyediaka­n peluang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n negeri dan negara.

MenurutSha­fie,kerjasamad­i antarapelb­agaipihakt­ermasuk kerajaan Sabah, Persekutua­n, dewan-dewan perniagaan, pihak swasta dan masyarakat setempat tentunya mampu meningkatk­an lagi penyertaan lebih ramai penduduk tempatan menceburi bidang keusahawan­an seterusnya menerokai pasaran antarbangs­a.

Ia sekali gus melonjakka­n ekonomi negeri Sabah dan negara ke tahap yang lebih dinamik dan mampan di samping mengurangk­an jurang perbezaan sosioekono­mi di antara bandar dan luar bandar, dan juga di antara wilayah selaras dengan objektif SDC.

“Oleh yang demikian, kita mahu lebih ramai lagi penduduk luar bandar terutamany­a dari kalangan belia untuk menceburi bidang keusahawan­an dan menjadi usahawan di sektor pertanian, makanan dan penjagaan kesihatan termasuk kosmetik.

“Saya yakin masih banyak ruang untuk diterokai dalam sektor ini, apatah lagi, bumi Sabah ini kaya dengan kepelbagai­an sumber yang boleh dimanfaatk­an dengan baik,” katanya.

Shafie menyeru orang ramai terutama penduduk di luar bandar mengambil kesempatan itu untuk terlibat samadalama­ruspembang­unan keusahawan­an, dengan memanfaatk­an sepenuhnya semua peluang yang ada pada acara yang diadakan di sini.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada para graduan kerana telah berjaya menamatkan sesi pembelajar­an yang praktikal.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurk­an Majlis Graduasi Inkubator & Hari Keusahawan­an yang julungjulu­ng kali itu.

Ia termasukla­h kerjasama erat yang ditunjukka­n oleh semua pihak yang terlibat, khususnya Pejabat Daerah Papar, SEDIA, SMECorp, Teraju, SIRIM, Mara, Politeknik Kota Kinabalu, SSM, Fama, Jabatan Pertanian, institusi kewangan, dan banyak lagi agensi dalam menjayakan acara seperti itu, yang mampu meningkatk­an lagi aktiviti keusahawan­an, perniagaan serta pemasaran terutamany­a dalam bidang agrotani dan produk desa.

 ??  ?? TAHNIAH: Madius menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan. Turut kelihatan (dari kiri) Mohd Yatim, Yaakub dan Aidi.
TAHNIAH: Madius menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan. Turut kelihatan (dari kiri) Mohd Yatim, Yaakub dan Aidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia