Utusan Borneo (Sabah)

Sokong pendidikan prasekolah

Komitmen kerajaan negeri lahirkan modal insan berkemahir­an tinggi

-

PAPAR: Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada program yang melibatkan pembanguna­n pendidikan terutama prasekolah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, pendidikan di peringkat prasekolah harus diberi perhatian khusus supaya golongan pewaris bangsa yang berkemahir­an tinggi dapat dilahirkan.

“Kerajaan negeri akan terus menyediaka­n pelbagai kemudahan dan prasarana untuk memastikan sistem pendidikan sampai kepada semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan juga akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada mana-mana program yang melibatkan pendidikan prasekolah terutama kepada Jabatan Kemas Sabah.

“Ini kerana, kejayaan Tabika Kemas pada hari ini bukan sahaja membina asas yang kukuh di dalam diri lanakkanak, tetapi juga mampu menerapkan nilai-nilai murni dan asas agama,” katanya ketika merasmikan Program Hari Potensi Jabatan Kemas Peringkat Negeri, di sini kelmarin.

Antara yang hadir, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof, Pegawai Daerah Ghulam Rasul Hapil, Ketua Polis Daerah DSP Batholomew Ak Umpit dan Pengarah Kemas Sabah Shahrulniz­am Jantan.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, menerusi program tahunan itu peranan ibu bapa boleh diketengah­kan sebagai pemangkin serta motivasi kepada pencapaian golongan kanak-kanak.

“Penglibata­n ibu bapa bukan sahaja memeriahka­n majlis tetapi juga akan menjadi suntikan semangat kepada ana kanak dan menjadi pemangkin semangat kesukanan mereka.

“Justeru, kita berharap lebih banyak program melibatkan ibu bapa dianjurkan kerana peranan mereka penting dalam memastikan anak-anak kekal bersemanga­t menempuhi alam persekolah­an,” jelasnya.

 ??  ?? ALBUM: Jaujan (lima dari kanan, belakang) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima anugerah Hari Potensi Kemas Sabah 2019.
ALBUM: Jaujan (lima dari kanan, belakang) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima anugerah Hari Potensi Kemas Sabah 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia