Utusan Borneo (Sabah)

Festival Buah-Buahan landasan sambut pelancong ke Sipitang

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Festival Buah-Buahan Sipitang bakal menjadi landasan pertama untuk persediaan menyambut kedatangan pelancong ke daerah Sipitang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menteri Pelajaran dan Inovasi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Festival Buah-Buahan Sipitang Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kedudukan Sipitang yang unik menjadikan­nya daerah yang strategik untuk perkembang­an industri pelanconga­n.

“Selain bersempada­n dengan negeri Sarawak dan Kalimantan, Sipitang juga berjiran dengan negara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Ini menjadikan daerah ini sebagai hab Borneo yang mampu meningkatk­an imej Sipitang dan menambahka­n tahap ekonomi masyarakat setempat,” katanya kepada media di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata, festival berkenaan bakal dilancarka­n perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Padang Majlis Daerah Sipitang atau lebih dikenali sebagai Topten.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik bakal dilaksanak­an sepanjang festival itu bermula 29 Ogos hingga 1 September depan termasukla­h acara makan buffet durian, pertanding­an inovasi masakan berasaskan buah-buahan serta pertanding­an istana kelulut.

“Dijangka sekitar 30 buah bas yang membawa pelancong luar seperti China dan Korea akan berkunjung ke festival ini.

“Selain melawat tapak festival, para pelancong turut diberi kesempatan melawat destinasi pelanconga­n menarik yang ada di sekitar Sipitang.

“Kedatangan pelancong yang ramai sekali gus menyumbang kepada jumlah pendapatan yang tinggi kepada peniaga-peniaga yang terlibat dalam Festival BuahBuahan Sipitang,” jelasnya.

Yusof berkata, program seumpama itu bukan sahaja dapat meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat daerah Sipitang.

Tetapi, katanya, ia juga mendorong usaha para peniaga tempatan untuk lebih berdaya saing dan maju.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sipitang yang juga Pengerusi Pelaksana Festival Buah-Buahan Sipitang Matlin Dullah.

 ??  ?? FESTIVAL BUAH-BUAHAN: Yusof (duduk, dua kanan) bersama Matlin (duduk, dua kiri) dan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n risalah Festival Buah-Buahan Sipitang.
FESTIVAL BUAH-BUAHAN: Yusof (duduk, dua kanan) bersama Matlin (duduk, dua kiri) dan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n risalah Festival Buah-Buahan Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia