Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan modul pendidikan demokrasi

Saranan MBS kepada kerajaan negeri

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mewujudkan modul pendidikan demokrasi mengikut acuan negeri Sabah.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri berkata, saraan berkenaan dilihat sebagai satu keperluan mendesak berikutan pelbagai isu perkauman dan politik sempit yang berlaku kebelakang­an ini.

Menurutnya, usaha itu wajar dilakukan bukan sahaja di dalam sekolah atau institut pengajian, malah perlu dibudayaka­n di luar silibus pendidikan formal.

“Perbezaan latar agama dan kaum yang berbeza di negeri Sabah perlu diambil kira dalam pembentuka­n modul berkenaan.

“Hal ini kritikal bagi memastikan keharmonia­n kaum di negeri Sabah dapat dikekalkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Selain itu, jelasnya, penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun menjadikan pelajar sekolah menengah tingkatan 3 pada tahun ini bakal menjadi pengundi baharu pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Beliau berkata, MBS melahirkan kerisauan sentimen populisma yang mudah mempengaru­hi keputusan anak muda.

“Bakal pengundi baharu ini terdedah dengan pelbagai naratif negatif dan fakta yang tidak pasti kesahihann­ya di media sosial.

“Tambahan lagi, kumpulan umur ini adalah pengguna aplikasi media sosial yang dominan.

“Justeru, MBS menggesa kerajaan negeri untuk menginstit­usikan modul pendidikan demokrasi dan kenegeraan negeri Sabah sebagai langkah progresif dalam mendepani cabaran ini,” katanya. Ahmad Farid berkata, MBS sebagai badan induk pertubuhan belia negeri Sabah bersedia untuk menjadi rakan kongsi kerajaan negeri dalam menjayakan usaha itu.

“Perbezaan latar agama dan kaum yang berbeza di negeri Sabah perlu diambil kira dalam pembentuka­n modul berkenaan. Hal ini kritikal bagi memastikan keharmonia­n kaum di negeri Sabah dapat dikekalkan. AHMAD FARID SAINURI Presiden Majlis Belia Sabah (MBS)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia