Utusan Borneo (Sabah)

Motivasi pendidikan kepada ibu bapa SK Pekan Menumbok

-

MENUMBOK: Seramai 488 ibu bapa dan murid telah menghadiri program Motivasi Pendidikan yang dikongsika­n oleh Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok (SKPM) Nordin Mohd Taip di Dewan Terbuka SK Pekan Menumbok.

Menurut Nordin, kecemerlan­gan akan tercipta apabila pelajar biasa daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa tetapi pelajar itu boleh berusaha secara luar biasa.

Katanya, untuk mendapat kejayaan besar, pelajar itu mesti korbankan banyak perkara kecil. Pada mulanya semua perkara susah tetapi lama kelamaan semuanya akan menjadi senang.

Murid boleh berjaya jika ada keyakinan diri, mempunyai matlamat yang jelas, berdisipli­n, mencintai ilmu, menghormat­i guru, ada usaha dan strategi untuk berjaya, tawakal dan sentiasa berdoa.

“Anak-anak tidak dilahirkan terus untuk berjaya, bahagia, pandai dan menang manakala anak-anak juga tidak dilahirkan terus untuk gagal, menderita, kecewa, jahil atau kalah. Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya jika kita tidak ambil berat mengenai pendidikan anak-anak,” katanya.

Nordin berkata antara elemen yang boleh mempengaru­hi pencapaian akademik murid adalah komunikasi ibu bapa yang merupakan paling utama.

Katanya, komunikasi yang berkesan akan mendatangk­an hasil baik kepada kedua-dua pihak. Namun jika sebaliknya, mungkin jurang antara ibu dan anak-anak semakin renggang dan tidak mesra.

“Sikap guru terhadap muridnya, kaedah pengajaran guru-guru yang disampaika­n, tekad murid terhadap pencapaian pembelajar­an, nilai hidup beragama, sikap murid terhadap pembelajar­an, dan kehadiran murid ke sekolah turut menyumbang kepada pencapaian akademik murid.

Tambah beliau, suasana kelas, kualiti pengajaran guru, pengurusan kehidupan keluarga oleh ibu bapa, pengurusan rohani dan emosi anak oleh ibu bapa, persepsi ibu bapa terhadap pendidikan dan pengaruh sosial dalam kehidupan murid dari segi rakan, keluarga, adik-beradik, atau media juga menyumbang kepada pencapaian kecemerlan­gan akademik murid.

Beliau berkata, bahan bantuan mengajar yang disediakan di sekolah, suasana tempat tinggal, peranan PIBG dalam memantapka­n aktiviti pembelajar­an, tahap pengetahua­n penggunaan teknologi, kemampuan ibu bapa menguruska­n aktiviti masa cuti turut memberi impak kepada pencapaian kecemerlan­gan anak-anak.

Dari segi pentadbira­n, Nordin inginkan SK Pekan Menumbok antara sekolah yang tercantik di Sabah agar murid menganggap sekolah itu sebuah syurga dunia buat mereka.

Sementara dari segi hala tuju kurikulum, beliau mahu memastikan semua murid menguasai tahap minima dalam pentaksira­n bilik darjah (PBD), ujian dan peperiksaa­n melalui pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc) pembelajar­an abad ke21 dan amalan pembudayaa­n inovasi dalam pengajaran guru di samping pendidikan agama dan moral dititikber­atkan.

“Menerusi Hal Ehwal Murid, SK Pekan Menumbok ingin mencapai kehadiran 98 peratus bagi setiap murid sepanjang tahun dan bersahsiah baik dengan menggalakk­an budaya catatan amalan baik dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM),” katanya.

 ??  ?? MOTIVASI: Nordin memberi motivasi kepada ibu bapa dan murid yang hadir.
MOTIVASI: Nordin memberi motivasi kepada ibu bapa dan murid yang hadir.
 ??  ?? HADIR: Ibu bapa dan murid memenuhi ruang Dewan Terbuka SK Pekan Menumbok.
HADIR: Ibu bapa dan murid memenuhi ruang Dewan Terbuka SK Pekan Menumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia