Utusan Borneo (Sabah)

Wanita cedera parah disimpah asid

-

GEORGE TOWN: Seorang penasihat undang-undang sebuah bank cedera parah termasuk melecur di muka dan badan selepas disimbah asid di hadapan sebuah bank di Jalan Burma, Pulau Tikus di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam kelmarin wanita itu baru keluar dari pejabatnya dan sedang melintas jalan menuju ke tempat kereta untuk pulang sebelum disimbah asid oleh seorang pembonceng motosikal.

“Wanita itu yang dalam kesakitan bertindak berlari masuk semula ke bank sambil menjerit meminta pertolonga­n dan menghubung­i ahli keluargany­a yang tinggal tidak jauh dari pejabatnya. Ahli Keluargany­a yang tiba kermudian memberi bantuan awal sebelum menghubung­i ambulans,” katanya, di sini semalam.

Che Zaimani berkata wanita berusia 48 tahun itu yang melecur di muka, kedua-dua tangan serta peha dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri dua lelaki berkulit gelap yang menaiki sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan sebelum pembonceng­nya menyimbah asid ke muka wanita itu dan terus memecut melarikan diri.

Che Zaimani berkata mangsa memaklumka­n dia tidak sempat melihat jenis serta nombor pendaftara­n motosikal terbabit kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian bagi mengesan kedua-dua suspek.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan parah dengan sengaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia