Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 peluang kerja ditawar

Sempena Kembara Kerjaya Siri 2 pada 19-20 Ogos

- Oleh Saddam Edris

KOTA KINABALU: Kembara Kerjaya Sabah Siri 2 tahun ini yang berlangsun­g pada 19 hingga 23 Ogos ini akan menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada belia yang masih menganggur di Sabah.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah Kamal Pardi berkata, kembara berkonsepk­an turun padang yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang itu akan menjelajah di empat daerah iaitu Kota Kinabalu (19 Ogos), Kudat (20 Ogos), Kota Marudu (21 Ogos), Ranau (22 Ogos), dan Keningau (23 Ogos).

“Lebih 125 majikan dari beberapa syarikat swasta di seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia akan terlibat untuk menemuduga secara langsung belia yang hadir.

“Sebahagian besar majikan akan menawarkan terus peluang pekerjaan selain menyediaka­n kemudahan dan faedah lain dan had gaji yang ditetapkan mengikut status kelulusan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai Kembara Kerjaya Sabah 2019 Siri 2 anjuran JTK Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Sabah, di sini pada Khamis.

Jelas Kamal, kembara kerjaya yang masuk tahun kelima itu diadakan secara berterusan bagi mengurangk­an serta mengawal isu penganggur­an di negeri ini.

Justeru, beliau menyeru golongan belia yang masih menganggur supaya mengambil peluang itu dengan hadir di lokasi terlibat dan membuat persiapan diri serta membawa dokumen yang diperlukan.

Terdahulu, program itu adalah kesinambun­gan kembara kerjaya siri pertama yang berlangsun­g pada Mac lepas di Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Melalui program itu, seramai lebih 4,042 pencari kerja berjaya mendapat tempat daripada 7,143 kekosongan pekerjaan yang ditawarkan.

Maklumat lanjut boleh layari laman sosial rasmi Facebook JTK Sabah di @ JTKSABAH atau Twitter rasmi di JTK_Sabah.

 ??  ?? SIDANG MEDIA:Kamal (duduk, kiri), Ketua Penolong Pengarah JPSM Celestina Aron (duduk, kanan) dan beberapa wakil penganjur yang terlibat pada sidang media Kembara Kerjaya Sabah 2019 Siri 2 pada Khamis.
SIDANG MEDIA:Kamal (duduk, kiri), Ketua Penolong Pengarah JPSM Celestina Aron (duduk, kanan) dan beberapa wakil penganjur yang terlibat pada sidang media Kembara Kerjaya Sabah 2019 Siri 2 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia