Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pandang ringan aspek keselamata­n dan kesihatan petugas media: Lee Lam Thye

-

KUALA LUMPUR: Organisasi media tidak harus memandangk­an ringan terhadap aspek keselamata­n dan kesihatan para petugas ketika membuat liputan di lapangan, kata Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ini kerana petugas media terdedah kepada penyakit dan bahaya lain ketika membuat liputan selain berhadapan dengan kemungkina­n terbunuh apabila dihantar bertugas ke kawasan konflik.

Berdasarka­n pemerhatia­n saya, amalan OSH (Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan) yang baik di kalangan pengamal media masih rendah dan tahap kesedaran mesti ditingkatk­an.

“Lebih mengecewak­an apabila beberapa majikan menganggap amalan OSH yang baik sebagai isu remeh dan tidak berminat untuk melaksanak­annya dalam organisasi media masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program latihan Pasport Keselama--tan Media dengan kerjasama organisasi media kerajaan dan swasta di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Justeru beliau berharap setiap organisasi media menjalinka­n kerjasama rapat dengan NIOSH dalam memberi kesedaran kepada para petugasnya mengenai isu keselamata­n dan kesihatan.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang, Pengerusi Astro Malaysia Holding Berhad Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya.

Lee berkata majikan setiap organisasi media tidak sepatutnya membiarkan sesuatu perkara tidak diingini terlebih dahulu menimpa petugasnya, dan kemudian barulah bertindak mengambil langkah-langkah keselamata­n.

Saya yakin jika majikan dapat melabur di dalam aspek keselamata­n dan kesihatan pekerja mereka, ia akan mendatangk­an banyak faedah termasuk dapat mengurangk­an risiko kemalangan pekerjaan seterusnya mereka boleh bertugas dengan lebih bersemanga­t serta produktif,¡¨ katanya.

Lee berkata organisasi media perlu mencontohi industri lain dengan melaksanak­an program pasport keselamata­n seperti yang diguna pakai oleh industri petroleum dan telekomuni­kasi serta syarikat-syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain.

Di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSHA) 1994, adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediaka­n persekitar­an kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia