Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan persinggah­an Lahad Datu rangsang perkembang­an industri pelanconga­n

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Pemilihan Lahad Datu sebagai destinasi persinggah­an pelayarpel­ayar antarabang­sa akan melengkapk­an lagi pakej pelanconga­n di sini.

Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yaakob berkata, ia boleh diangkat menjadi acara tahunan yang seterusnya merangsang pembanguna­n industri pelanconga­n di Lahad Datu.

“Kedatangan 70 pelayar dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Scotland dan Perancis yang dijangka bertambah esok (hari ini) akan merancakka­n lagi promosi pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi pada Majlis Merarau Sempena Meraikan Kunjungan ‘Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally 2019’ ke Lahad Datu, di sini pada Khamis.

Menurutnya, hebahan daripada pelayar-pelayar itu nanti bukan sahaja memperkena­lkan destinasi-destinasi menarik di sini malah ia bukti serta jaminan keselamata­n melalui pengalaman perjalanan mereka sendiri ke sini.

Mengulas pelayaran itu, Ayub berkata ia kedatangan kali pertama kumpulan berkenaan di Lahad Datu kerana sebelum ini mereka hanya singgah di Kota Kinabalu, Kudat, Tambisan dan terus ke Semporna.

Pengarah Urusan Sail Malaysia Sazli Kamal Basha berkata inisiatif program itu dijayakan dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya serta kerajaan negeri khususnya melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Menurutnya, perancanga­n akan datang, tahun depan kami akan membawa pelayar-pelayar antarabang­sa itu ke pantai timur Sabah, khususnya Lahad Datu

“Perairan pantai timur Sabah sering menjadi pilihan mereka kerana ia dikagumi sebagai antara kawasan perairan yang terbaik di dunia,” katanya.

Sebanyak 35 kapal layar memulakan pelayaran mereka dari Langkawi, Kedah manakala 28 kapal telah sampai ke Lahad Datu.

Di sini, pelayar akan diperkenal­kan dengan seni kebudayaan tempatan termasuk destinasi baharu pelanconga­n di Lingkaran Biru (Blue Hole) di Terumbu Tingkayu Teluk Darvel.

Rombongan itu kelihatan teruja untuk menerokai Lahad Datu mulai Kamis ke puncak Menara Kayangan yang berada pada ketinggian 880 kilometer dari paras laut untuk menikmati pemandanga­n mempersona Teluk Darvel.

Hari ini mereka akan ke pusat rekreasi Payang melalui perairan yang akan meninjau keindahan beberapa pulau menarik, tapak selaman dan lain-lain.

Pada perkembang­an sama, Sail Malaysia Fleet Commodore John Pierce memuji langkah kawalan keselamata­n daripada pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Sepanjang pengembara­an ke sini, kami tidak rasa terancam walaupun kami sedar melalui perairan yang berdekatan negara jiran.

“Kami melihat kawalan rapi Esscom di perairan ini dan saya mengucapka­n terima kasih pada usaha ini,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Replika cek sumbangan Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally 2019 diserahkan kepada Esscom.
SUMBANGAN: Replika cek sumbangan Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally 2019 diserahkan kepada Esscom.
 ??  ?? KENANGAN: Peserta program mengabadik­an gambar kenangan selepas menerima cenderamat­a daripada Ayub.
KENANGAN: Peserta program mengabadik­an gambar kenangan selepas menerima cenderamat­a daripada Ayub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia