Utusan Borneo (Sabah)

Polis buka kertas siasatan isu Dong Zong, Huzir

-

KUALA LUMPUR: Enam laporan polis berhubung isu Gabungan Jawatankua­sa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) telah diterima setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

“Kami juga telah membuka kertas siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman (USJT) D5,¡¨ katanya ketika diminta mengulas mengenai isu Dong Zong di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dekat sini.

Sebelum ini, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim dilapor berkata, badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakk­an kempen mengumpul tandatanga­n sebagai membantah pembelajar­an khat di sekolah vernakular, selain bertegas langkah kerajaan memperkena­lkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk Islamisasi.

Sebagai respons, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Selasa melabelkan pertubuhan itu sebagai ¡¥rasis¡¦, kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatka­n sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.

Dalam perkembang­an lain, Huzir berkata pihaknya telah menerima sebanyak 115 laporan polis, serta membuka kertas siasatan berhubung isu kehadiran pendakwah Dr Zakir Naik di negara ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana mengeluark­an kenyataan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan,” katanya.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata masalah yang dihadapi kerajaan ialah Zakir tidak boleh dihantar balik ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanap­un, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu.

Antara kenyataan kontrovers­i Zakir ialah semasa ceramahnya pada 3 Ogos, di mana beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir.

Beliau juga turut dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap masyarakat Cina di Malaysia sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia