Utusan Borneo (Sabah)

Kastam patahkan aktiviti pembotolan minuman keras tiruan

-

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah membantera­s aktiviti pembotolan minuman keras tiruan yang menggunaka­n setem JKDM palsu dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Dahlia, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Pengarahny­a, Datuk Johari Alifiah berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Alor Setar yang menjalanka­n serbuan turut menjumpai setem Duty Paid sebanyak 32,904 keping dan setem Duty Not Paid sebanyak 800 keping yang disyaki palsu.

“Kami juga merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti ini seperti botol, tudung minuman keras, pelekat label minuman keras pelbagai jenama dan setem cukai Kastam yang digunakan untuk dilekat pada botol minuman.

“Seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun yang berada di dalam premis semasa serbuan juga, telah ditahan. Turut dirampas 23 botol yang telah diisi dengan minuman tiruan dan dua bekas methanol yang setiap satunya seberat lima kilogram,” katanya dalam sidang media di sini.

Katanya, serbuan itu merupakan rentetan daripada kes pertama yang berjaya dipatahkan pada 12 Mac lalu di kawasan Perindustr­ian HiTech Semenyih, Selangor yang menjadi tempat pemprosesa­n minuman keras tiruan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Eksais 1976 kerana menyuling, menapai atau mengilang barang-barang berduti tanpa lesen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 74 akta yang sama.

“Kami mohon orang ramai sekiranya ada maklumat mengenai jenayah penyeludup­an untuk salurkan maklumat dengan menghubung­i talian bebas tol Kastam di 1800-88-8855 atau pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya. -Bernama

 ??  ?? TIRUAN: Johari menunjukka­n botol kosong yang diisi dengan minuman keras pada sidang media kejayaan sepasukan anggota penguatkua­sa JKDM mengenai peralatan untuk menghasilk­an minuman keras tiruan pelbagai jenama dan setem cukai Kastam ‘DUTY NOT PAID’ dan ‘DUTY PAID’ di Jabatan Kastam Negeri Kedah kelmarin. GambarBern­ama
TIRUAN: Johari menunjukka­n botol kosong yang diisi dengan minuman keras pada sidang media kejayaan sepasukan anggota penguatkua­sa JKDM mengenai peralatan untuk menghasilk­an minuman keras tiruan pelbagai jenama dan setem cukai Kastam ‘DUTY NOT PAID’ dan ‘DUTY PAID’ di Jabatan Kastam Negeri Kedah kelmarin. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia