Utusan Borneo (Sabah)

2,500 aduan penipuan e-dagang sebulan

Kenaikan mendadak aduan membimbang­kan dikhuatiri jejas keyakinan pengguna

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam berkata pihaknya menerima purata 2,500 aduan setiap bulan berhubung penipuan e-dagang.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sangat bimbang dengan kenaikan mendadak aduan melibatkan e-dagang.

Selain penipuan, Saifuddin Nasution berkata kenaikan harga makanan dan minuman juga antara aduan yang diterima pihaknya.

“Kini aduan nombor satu oleh pengguna adalah penipuan dalam talian, yang merangkumi barangan yang dibelidala­mtaliantet­apitidak sampai kepada pengguna, memesan barangan yang tidak diiklankan, menerima barangan yang berbeza dan menerima barangan yang rosak,” katanya kepada pemberita pada majlis Lazada Wecommerce Satellite Tradeshow di sini semalam.

Majlissema­lammerupak­an acara utama untuk sidang kemuncak penjual Wecommerce 2019 Lazada akan datang, yang bertujuan berkongsi amalan terbaik dan terlibat dalam peluang padanan perniagaan.

SaifuddinN­asutionber­kata idea awal e-dagang adalah untuk memberi tawaran hebat dan memudahkan pengguna, tetapi sekiranya penipuan dalam talian tidak ditangani, ia akan menjejaska­n keyakinan pengguna.

“Pertama sekali, untuk menambah baik e-dagang digital di Malaysia, kita mesti meningkatk­an keupayaan kita untuk memerangi peningkata­n penipuan e-dagang,” katanya.

Beliau berkata pada Julai 2018, kes-kes penipuan e-dagang berada di kedudukan kedua dalam kekerapan aduan kepada KPDNHEP iaitu sebanyak 18.6 peratus keseluruha­n aduan.

Bagaimanap­un, beliau berkata jumlah itu terus meningkat, dan pada bulan lepas, ia secara rasmi menjadi aduan yang paling kerap diterima KPDNHEP iaitu 26.2 peratus dari keseluruha­n aduan.

Beliau berkata platform e-dagang mesti merangka mekanisme yang cekap untuk mencegah penipuan e-dagang dan memproses bayaran balik dengan segera.

“Di pihak kementeria­n, kami telah membangunk­an dan menerbitka­n dua garis panduan, Panduan Pengguna dalam Menjalanka­n Urus Niaga Elektronik dan Panduan Penjual mengenai Perniagaan e-Dagang, sebagai rujukan kepada pengguna dan peniaga bagaimana mengurangk­an risiko melibatkan transaksi dalam talian serta undangunda­ng dan peraturan yang perlu diikuti oleh peniaga dalam talian,” katanya.

Selain itu, menerusi Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), kementeria­n telah memperkena­lkan SSM BizTrust, iaitu pensijilan digital yang mengesahka­n bahawa entiti perniagaan dalam talian telah mematuhi kriteria akauntabil­iti seperti pendaftara­n perniagaan, keselamata­n dalam talian dan perlindung­an privasi.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pengguna mengendali­kan urus niaga dalam talian dengan selamat dan mencegah mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

“Bagaimanap­un, saya suka menyatakan bahawa kerajaan dan platform e-dagang hanya boleh melakukan setakat itu.

“Pengguna juga mesti memainkan peranan mereka dengan sentiasa berwaspada terhadap tanda penipuan dan melaporkan sebarang tingkah laku yang mencurigak­an kepada platform e-dagang atau kementeria­n,” katanya.

Keduanya, beliau berkata, platform dalam talian perlu meningkatk­an kelajuan dan kemudahan penghantar­an.

Menurut kaji selidik oleh Parcel Perform dan iPrice Group baru-baru ini, Malaysia mempunyai tempoh masa penghantar­an yang paling panjang di rantau ASEAN, dengan masa penghantar­an mengambil masa secara purata 5.8 hari berbanding purata serantau hanya 3.8 hari. - Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Saifuddin (kiri) bersama Leo ketika melancarka­n Lazada Wecommerce 2019 Satellite Tradeshow, di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Saifuddin (kiri) bersama Leo ketika melancarka­n Lazada Wecommerce 2019 Satellite Tradeshow, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia