Utusan Borneo (Sabah)

60 pelajar WYU China ikuti kursus latihan singkat di UMS

- Oleh John Tambanan

KOTA KINABALU: Seramai 60 pelajar dan pensyarah dari Universiti Wuyi (WYU) yang terletak di Bandar Jiangmen, Wilayah Guandong, China telah tiba di sini untuk menghadiri kursus latihan singkat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Presiden Persatuan Sze Yip Bersatu Sabah Datuk Susan Wong Siew Guen, yang juga mengetuai Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK), menganjurk­an majlis makan malam bagi menyambut rombongan itu di Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant di Bukit Padang, di sini pada Rabu.

Antara tetamu khas yang dijemput ialah Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin dan isteri, serta pensyarah WYU termasuk Wang Tianlei dari School of Intelligen­t, Guo Lin dari SekolahBio­teknologid­anSains Kesihatan, Dai Ruifang dari Sekolah Laluan Kereta Api dan Pengangkut­an, dan Lin Yuxin dari Sekolah Matematik dan Sains Komputer.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat UMS Dr Jakaria Dasan, Prof Dr Ir Abdul Karim Mirasa, Prof Dr Ho Chong Mun, Prof Dr Coswald Stephen Sipaut @Mohd Nasri, Prof Dr Jualang @ Azlan Abdullah Gansau dan Presiden Persatuan Huang Malaysia Datuk Wong Ten An.

Canselor WYU Prof Kunming dan mantan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin Mudin telah menandatan­gani surat niat (LoI) untuk mewujudkan kerjasama pada 30 Oktober 2017. Pemeteraia­n LoI itu disaksikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide dan Susan.

LoI bertujuan menggalakk­anpembangu­nan, pertukaran dan menjalanka­n penyelidik­an bersama dalam bidang pendidikan, kejurutera­an, teknologi, pengurusan kewangan dan perubatan, serta menganjurk­an persidanga­n, seminar, kursus latihan pendek dan forum. USCCAKK juga menjemput Dr Taufiq ke Festival Tanglung Musim Luruh Jalan Gaya pada 15 September 2019, jam 7 malam dan dikhususka­n kepada pelajar UMS untuk menyertai perarakan dan pertanding­an berkenaan.

 ??  ?? SUSAN (enam dari kiri) menyerahka­n beg sekolah kepada pelajar WYU.
SUSAN (enam dari kiri) menyerahka­n beg sekolah kepada pelajar WYU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia