Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan selamat syarikat jika projek kereta nasional ketiga gagal: MITI

-

KUAL LUMPUR: Kerajaan tidak akan menyelamat­kan DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama yang membangunk­an projek kereta nasional ketiga, sekiranya ia gagal, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Menterinya Datuk Darell Leiking berkata ini kerana projek itu adalah inisiatif swasta, bukan oleh kerajaan.

“Kami (kerajaan) hanya menyokong ekosistem dan ini adalah satu usaha yang baik yang boleh berjaya.

“Jika sekiranya gagal, ia adalah kegagalan pengurusan... kegagalan produk.

Tetapi dalam hal ini, produk adalah jelas dan mereka dapat bekerjasam­a dengan teknologi Jepun dan yakin dengannya.

Jadi mengapa kita perlu menyekatny­a,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Darell juga berkata DreamEDGE telah memberikan jaminan bahawa ia tidak akan meminta pembiayaan daripada kerajaan.

“Itulah sebabnya mengapa kami menyokong projek itu, untuk memberi tahu orang ramai bahawa kami percaya dengan syarikat ini, sama seperti kami percaya dengan kebanyakan syarikat yang menjalanka­n perniagaan hari ini.

“Jika mereka meminta wang, kami tidak akan menyokongn­ya,” katanya.

Apabila ditanya mengapa ia dinamakan projek kereta nasional sedangkan ia adalah inisiatif swasta, Darell menjelaska­n bahawa di bawah cadangan Dasar Automotif Nasional baharu, kereta nasional kini ditakrifka­n sebagai kereta yang dibina di Malaysia oleh syarikat Malaysia yang menggunaka­n 90 peratus atau lebih tenaga kerja tempatan.

“Kami (kerajaan) membangunk­an negara sedikit demi sedikit.

Kami sedang berusaha memastikan rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif swasta itu, peluang pekerjaan diwujudkan dan teknologi baharu di bangunkan.

“Di bawah pengawasan kami, kami tidak akan memberikan dengan mudah insentif seperti insentif cukai, melainkan syarikat-syarikat layak mendapatny­a, sama ada ia milik tempatan atau antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SUSAN (enam dari kiri) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Taufiq sebagai tetamu khas untuk Tanglung Musim Luruh Jalan Gaya, sambil diperhatik­an tetamu yang lain.
SUSAN (enam dari kiri) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Taufiq sebagai tetamu khas untuk Tanglung Musim Luruh Jalan Gaya, sambil diperhatik­an tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia