Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan Day Memorial masih terus dihadiri oleh keluarga dan tetamu kehormat

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kehadiran ahli keluarga kepada tahanan perang dari jauh dan dekat, ahli keluarga kepada wira tempatan serta tetamu kehormat ke Sandakan Day Memorial masih berterusan sehingga kini sejak upacara itu pertama kali diadakan pada 17 tahun yang lalu.

Sehubungan itu, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik berkata, semua pihak perlu sama-sama memastikan ketahanan, penderitaa­n dan pengorbana­n mereka yang berani itu, tidak akan pernah dilupakan.

Katanya, dengan upacara seumpama, mereka akan sentiasa mengingati bahawa tindakan dan semangat para wira yang berani itu telah membawa kepada kebebasan dan keamanan seperti yang dinikmati pada hari ini.

“Di samping terus mengingati dan mengiktira­f pengorbana­n mereka, kita juga perlu memastikan generasi akan datang terus menghargai pengorbana­n wira yang gugur dan maksud sebenar di sebalik ‘Lest We Forget’,” katanya ketika berucap pada Sandakan Day Memorial Ke-17.

Peerasmian upacara Sandakan Day Memorial itu telah disempurna­kan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinow­ski Am dan isterinya Lyn Allan, Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia Charles Hay Mvo, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Selepas 74 tahun berlalunya Perang Dunia Ke-2, Sandakan sekali lagi menerima kehadiran ahli keluarga dan barisan pemimpin dari Malaysia, Australia dan Britain bagi memperinga­ti lebih 2,400 tahanan perang Australia dan British serta penduduk tempatan yang terkorban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia