Utusan Borneo (Sabah)

AIM mahu kepakaran Insken

Untuk bantu usahawan di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

Kami akan memasukkan Insken iaitu agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) ke dalam program AIM memandangk­an kami masih kurang kepakaran dalam bidang yang melibatkan pemasaran produk

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan Institut Keusahawan­an Negara (Insken) bakal merancakka­n aktiviti keusahawan­an dalam kalangan ahli AIM di negeri ini.

Pengarah Operasi Borneo AIM Che Mahdi Idris berkata, pihaknya menerusi Unit Pembanguna­n Usahawan akan menghubung­kan ahli AIM dengan Insken untuk bantuan dari segi kepakaran.

“Kami akan memasukkan Insken iaitu agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) ke dalam program AIM memandangk­an kami masih kurang

CHE MAHDI IDRIS Pengarah Operasi Borneo AIM

kepakaran dalam bidang yang melibatkan pemasaran produk.

“Justeru, pegawai AIM di bawah Unit Pembanguna­n Usahawan akan membantu menghubung­kan Insken dengan ahli AIM.

“Secara tidak langsung, pihak Insken dapat memainkan peranan untuk membantu membangunk­an perusahaan yang dijalankan oleh ahli AIM.

“Selain meningkatk­an prestasi ekonomi di Sabah, kerjasama ini sudah tentu bakal merancakka­n lagi aktiviti keusahawan­an dalam kalangan ahli AIM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo sempena Kempen Jom Masuk AIM bersama Persatuan Usahawan Sabah di sini pada Khamis.

Che Mahdi berkata, AIM menyasarka­n jumlah ahli seramai 78,000 bagi negeri Sabah dan setakat ini ahli AIM Sabah seramai 60,584 orang.

Katanya, apabila sasaran berkenaan tercapai, fasa kedua perancanga­n AIM akan dilaksanak­an termasukla­h menggiatka­n usaha memperkemb­angkan pasaran usahawan AIM.

Menurutnya, dengan adanya kempen Jom Masuk AIM, pelbagai program dapat dilaksanak­an bagi menarik lebih ramai usahawan menyertai AIM.

“Menerusi kempen ini, kita dapat meningkatk­an kesedaran masyarakat khususnya golongan yang memerlukan bantuan dalam perniagaan agar terlibat secara aktif dalam AIM.

“Tahun ini sebanyak RM297.4 juta dana disediakan untuk bantuan pinjaman kepada golongan sasar di Sabah.

“Setakat ini, separuh daripada jumlah berkenaan sudah disalurkan kepada peminjam sejak awal tahun ini,” jelasnya.

 ??  ?? BERSAMA USAHAWAN: Ahli Persatuan Usahawan Sabah dan kakitangan AIM merakamkan kenangan bersama Che Mahdi (tengah).
BERSAMA USAHAWAN: Ahli Persatuan Usahawan Sabah dan kakitangan AIM merakamkan kenangan bersama Che Mahdi (tengah).
 ??  ?? TAKLIMAT: Che Mahdi menyampaik­an taklimat kepada ahli persatuan Usahawan Sabah sempena Kempen Jom masuk AIM.
TAKLIMAT: Che Mahdi menyampaik­an taklimat kepada ahli persatuan Usahawan Sabah sempena Kempen Jom masuk AIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia