Utusan Borneo (Sabah)

Hari Peringatan Sandakan Ke17, pemimpin dan ahli keluarga hadir beri penghormat­an

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Lebih 200 orang hadir memberi penghormat­an sempena Hari Peringatan Sandakan Ke17 yang diadakan di Taman Peringatan Sandakan, Batu 7 di sini, awal pagi Khamis.

Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, pepatah ada mengatakan bahawa peperangan tidak menentukan siapa yang benar, sebaliknya hanya siapa yang tinggal (War does not determine who is right - only who is left).

Katanya, ia berlaku di Sandakan yang mana tahanan perang hampir mati dan komuniti tempatan mengambil risiko dengan mengorbank­an nyawa mereka untuk membantu tentera bersekutu.

“Hari ini, pada pagi yang tenang, kami menyertai ahli keluarga dan memperinga­ti kehilangan tragik yang berlaku 74 tahun lalu.

“Marilah kita berhenti seketika bagi mencermink­an keinginan berterusan untuk kebebasan dan keamanan serta mengingatk­an diri kita bahawa peperangan tidak membawa apa-apa melainkan kemusnahan dan kehancuran manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew sempena Hari Peringatan Sandakan Ke-17 itu.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinow­ski Am dan isterinya Lyn Allan, Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia Charles Hay Mvo, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah Noredah Othman.

Selain itu, barisan pemimpin tempatan turut hadir termasuk Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun.

Frankie yang juga Adun Tanjung Papat berkata, Sandakan merupakan sejarah yang dikongsi bersama dan ia merupakan tempat yang istimewa bagi Malaysia, Australia dan Britain.

Jelasnya, pengajaran daripada peperangan serta Perarakan Maut yang berlaku 74 tahun lalu mesti diteruskan kepada generasi akan datang.

Sempena hari memperinga­ti itu, barisan pemimpin dari tiga negara serta ahli keluarga terlibat telah meletakkan kalungan bunga sebagai simbolik memperinga­ti jasa tentera yang terkorban

 ??  ?? BERSAMA: Frankie bersama barisan tetamu kehormat yang hadir ke Hari Peringatan Sandakan Ke-17 pada Khamis.
BERSAMA: Frankie bersama barisan tetamu kehormat yang hadir ke Hari Peringatan Sandakan Ke-17 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia