Utusan Borneo (Sabah)

Bomba Sarawak sasar diatasi kebakaran hutan sebelum sesi persekolah­an bermula

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyasarka­n untuk mengatasi masalah kebakaran hutan di negeri ini sebelum sesi persekolah­an dibuka semula isnin depan.

Pengarahny­a Khirudin Drahman berkata beliau sudah mengarahka­n pasukannya untuk berusaha sepenuhnya agar kebakaran hutan dapat dikawal sebelum akhir minggu ini..

Pasukan Bomba Sarawak juga telah menukar shif kerja daripada 12 jam kepada 24 jam untuk memastikan keanggotaa­n kita cukup.

Maknanya, jika dalam sehari, kita mempunyai 20 petugas yang bekerja satu shif, selepas menukar shif ke 24 jam, akan ada lebihan, iaitu 35 petugas yang akan bekerja dalam sehari bagi menangani kebakaran yang berlaku, katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) untuk seluruh Sarawak dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat negeri di Pustaka Negeri di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada hari ini juga pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) tiba di Miri untuk bantuan pemadaman api di kawasan yang terlibat.

Dengan bantuan daripada pesawat Bombardier itu kami berharap kebakaran di Sarawak ini dapat diatasi sebelum sesi persekolah­an dibuka kembali pada Isnin ini.

Pada hari ini juga status kebakaran hutan di Miri agak berkuranga­n kerana terdapat hujan semalam dan begitu juga di Sibu, diberitaka­n sedang hujan lebat sekali gus membantu mengurangk­an kebakaran, katanya.

Sementara itu, Khirudin juga memberi peringatan kepada yang mereka yang melakukan sabotaj kebakaran hutan untuk tidak melakukann­ya lagi kerana tindakan tegas bakal diambil.

Mereka bukan sahaja mencemarka­n alam sekitar tetapi turut menjejaska­n kehidupan orang awam di kawasan sekitar tambahan dengan keadaan jerebu yang mengakibat­kan cuaca lebih panas.

Kami berharap bantuan orang awam untuk menyalurka­n maklumat jika mereka melihat aktiviti yang mencurigak­an berlaku di kawasan mereka untuk segera melaporkan kepada pihak Polis, Jabatan Bomba ataupun Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk diambil tindakan awal, katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia