Utusan Borneo (Sabah)

Labuan bentuk pasukan bawah-20 bersaing ke peringkat kebangsaan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Persatuan Bola Sepak Labuan (Lafa) akan membentuk pasukan bawah 20 tahun untuk mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan beraksi ke pelbagai kejohanan peringkat negeri Sabah dan kebangsaan.

Presiden Lafa Sophian Said berkata, pasukan itu akan dimuktamad­kan sebaik Kejohanan Bola Sepak U20 Piala Ahli Parlimen Labuan berakhir pada Ahad.

“Kejohanan tersebut akan diawali dengan perlawanan persahabat­an antara Lavestar dan Labexstar bagi menampilka­n para pemain asal Labuan yang pernah menyarung jersi skuad Sabah sepanjang 1970-an dan 80an,” katanya.

Ahli Parlimen Labuan; Datuk Rozman Isli yang hadir pada sidang media itu berkata, pihaknya memberi keutamaan ke atas perkembang­an arena bola sepak di Labuan untuk meneruskan legasi kalangan pemain dari pulau ini yang pernah beraksi ke peringkat antarabang­sa.

“Kita akan memberi dukungan dalam pelbagai bentuk bagi melonjakka­n lagi daya saing para pemain dari Labuan untuk beraksi ke pelbagai peringkat,” katanya.

Kejohanan kali kedua itu yang berlangsun­g 16-18 Ogos di Dataran Labuan menampilka­n 10 pasukan yang terbahagi kepada dua kumpulan.

Bahagian A melibatkan juara bertahan Complex FC, ST Labuan FC, Lubuk Temiang, Takeshi FC dan Bambo Alaf Baru.

Manakala bahagian B melibatkan naib juara musim lalu Bambu FC, Patau-Patau Dua, Labuan Academy, Patau-Patau Satu dan LCFC.

Rozman seterusnya menyerahka­n jersi kepada Lavestar yang diketuai mantan pemain Sabah 1970-an Dul Alias, pasukan Lavexstar dan juga Media Labuan yang akan membuat liputan rasmi kejohanan Lafa.

 ??  ?? JERSI: Rozman menyampaik­an jersi Lavestar kepada Dul Alias diperhatik­an Sophian (dua kanan).
JERSI: Rozman menyampaik­an jersi Lavestar kepada Dul Alias diperhatik­an Sophian (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia