Utusan Borneo (Sabah)

Harap tuah gelanggang sendiri

Hadapi Pahang dalam saingan Piala Malaysia di Std. Likas esok

- Oleh Vitalis G Bingkasan

Ini adalah perlawanan terakhir pusingan pertama. Selepas kalah dua perlawanan pertama di tempat lawan, saya harap gelanggang sendiri akan memberi tuah terutama dengan adanya sokongan padu dari penyokong.

JELIUS ATING Ketua Jurulatih Tambadau Sabah

KOTA KINABALU: Tambadau bertekad memberikan yang terbaik mereka miliki untuk meraih kemenangan pertama dalam perlawanan menentang Pahang untuk saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Likas esok (Sabtu).

Ketua jurulatih Jelius Ating berkata, mereka perlu menang kerana hanya kemenangan yang membolehka­n Sabah terus dalam senarai pesaing utama ke pusingan suku akhir.

“Tugas semakin berat selepas kalah dua perlawanan sebelum ini dan kita tidak boleh ubah apa yang sudah berlaku.

“Bagaimanap­un masih ada empat perlawanan yang boleh mengubah nasib kita, inilah yang perlu diberi fokus dan kami akan fikirkanny­a satu persatu bermula menentang Pahang Sabtu ini. Kami akan cuba beri yang terbaik dan berusaha yang termampu untuk memenangin­ya,” kata Jelius ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, persiapan pasukan berjalan lancar walaupun dengan kekurangan satu pemain import, Ahmet Atayev yang mengalami kecederaan semasa menentang Pulau Pinang minggu lalu.

Pemain tengah dari Turkmenist­an itu mengalami kecederaan lutut yang mungkin memerlukan pembedahan yang bakal menyisihka­nnya dari baki saingan Piala Malaysia musim ini.

Jelius turut dirisaukan keadaan pertahanan import dari Korea Selatan, Park Tae Su yang turut mengalami kecederaan otot paha dan hanya menjalani latihan ringan dalam dua hari ini.

“Dengan ketiadaan Atayev, saya harap tidak kehilangan Park juga. Kita akan lihat keadaan dia (Park) sehingga esok (hari ini).. harap-harap dia dapat menyertai latihan penuh esok untuk membolehka­nnya disenaraik­an menghadapi Pahang nanti.

“Kita sebenarnya masih cukup pemain tetapi untuk berhadapan dengan pasukan seperti Pahang, adalah lebih baik jika kita ada semua pemain dalam senarai. Apapun saya yakin pemain lain mampu menggalas tugas dan ketiadaan beberapa pemain hanya mengurangk­an pilihan membuat senarai pemain,” kata Jelius.

Tempat Atayev dijangka akan diisi Ricco Nigel Milus untuk berganding­an dengan Mohd Azizan Nordin menggerakk­an bahagian tengah dan dibantu Alto Linus serta Jenius Karib atau Maxsius Musa di sayap.

“Pemain lain semua `ok’ dan setakat ini masih kekal dengan posisi masingmasi­ng dalam kesebelasa­n utama,” kata

Jelius.

Rozaimie Rohim dijangka kekal dengan tugas selaku penjaga gol utama manakala ketua pasukan, Rawilson Batuil mengetuai pertahanan bersama Park atau Mafry Balang, Randy Baruh dan Evan Wensley.

Jentera serangan pula akan terus disandarka­n kepada gandingan dua awang import, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

“Ini adalah perlawanan terakhir pusingan pertama. Selepas kalah dua perlawanan pertama di tempat lawan, saya harap gelanggang sendiri akan memberi tuah terutama dengan adanya sokongan padu dari penyokong,” kata Jelius.

Tanpa sebarang mata, Sabah kini di kedudukan tercorot dalam kalangan empat pasukan dalam Kumpulan C yang didahului Pahang yang telah mengumpul maksimum enam mata dari dua perlawanan manakala Pulau Pinang dan Perak berkongsi jumlah kutipan tiga mata.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia