Utusan Borneo (Sabah)

SAVA hantar pasukan ke Kejohanan Remaja Pra-Sukma 2019

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Persatuan Bola Tampar Negeri Sabah (SAVA) buat pertama kalinya akan menghantar pasukan bola tampar wanita ke Kejohanan Bola Tampar Remaja Lelaki dan Wanita Bawah 20 Tahun Pra - Sukma 2019 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Johor Bahru pada 27 hingga 31 Ogos ini.

Setiausaha Kehormat SAVA; Hamisah Jimpi berkata, keputusan dibuat setelah mengambil kira prestasi skuad bola tampar remaja wanita Sabah pada ketika ini yang amat memuaskan dan diyakini mampu memberikan saingan sengit dalam kejohanan itu.

Katanya, keputusan itu juga dimuktamad­kan setelah bermesyuar­at dengan Presiden SAVA; Datuk Haji Alipudin Puyon bagi membincang­kan persiapan pemain-pemain remaja lelaki dan wanita.

“Kita mendapati prestasi pemain-pemain remaja wanita berada keadaan yang cukup terbaik dan mereka layak mengambil bahagian dalam kejohanan besar seperti ini agar mendapat lebih banyak pendedahan.

“Selaras dengan pihak SAVA yang komited dalam membangunk­an sukan bola tampar, jadi inilah masanya untuk kita hantar skuad wanita bersama-sama skuad lelaki,” katanya di Sandakan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan bola tampar remaja lelaki dan wanita mampu memberikan saingan berdasarka­n prestasi mereka selain penyertaan ke kejohanan besar merupakan peluang terbaik untuk beraksi cemerlang.

“Persiapan kedua-dua pasukan remaja lelaki dan wanita sedang berjalan dengan lelaki berlatih di Kota Kinabalu manakala wanita di Sandakan sebelum berlepas ke Johor Bahru bersama jurulatih serta pengurus pasukan masing-masing pada 26 Ogos ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak SAVA juga akan menganjurk­an Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Menteri Sabah; Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal pada awal bulan November depan di Sandakan.

 ??  ?? HAMISAH
HAMISAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia