Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan staf UMS sedia galas cabaran Kuching Marathon 2019

-

KOTA KINABALU: Sembilan orang staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menggalas cabaran membawa nama UMS dalam Kejohanan Kuching Marathon 2019 yang akan berlangsun­g pada 18 Ogos ini di Kuching, Sarawak.

Kumpulan pelari UMS adalah terdiri daripada gabungan kakitangan akademik dan Kumpulan Pegawai Pengurusan dan Profesiona­l serta Kumpulan Pelaksana yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP); Dr. Mohamad Nizam Nazarudin.

Menurut Dr. Mohamad Nizam, penyertaan mereka dalam acara tahunan tersebut adalah satu usaha untuk menyatukan kakitangan dari pelbagai perkhidmat­an bersatu sebagai pasukan.

“Kumpulan pelari ini bersemanga­t tinggi untuk mengibarka­n bendera UMS dalam satu kejohanan berprestij, selain mahu menjadi role model kepada kakitangan-kakitangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelepasan UMS Runners Ke Kuching Marathon 2019 yang disempurna­kan oleh Naib Canselor UMS; Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Dalam majlis itu juga Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof memuji usaha kontinjen UMS dalam menyertai acara larian maraton yang dilihat mampu memotivasi­kan kakitangan lain untuk turut menyertai aktiviti sukan selain memupuk gaya hidup sihat menerusi acara sukan.

“Ini adalah selari dengan strategi utama dalam bidang Keberhasil­an Utama (KRA) Keempat UMS yang mempromosi budaya sihat bagi memastikan sumber manusia mempunyai tahap kesihatan yang baik sekali gus meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti perkhidmat­an.

“Jabatan Pendaftar UMS bersama-sama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan juga telah mengadakan perbincang­an berkaitan perancanga­n aktiviti seperti Fun Run dan Fun Walk dalam program My Health For You bagi menjayakan lagi usaha tersebut, serta menimbangk­an cadangan pengiktira­fan kepada kakitangan dalam penglibata­n sukan menerusi pencalonan anugerah khas kelak,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Taufiq Yap turut menyokong penglibata­n aktif kakitangan UMS dalam penyertaan acara sukan seperti itu.

 ??  ?? BAWA CABARAN UMS: Kakitangan UMS yang akan menyertai Kuching Marathon 2019 merakamkan gambar kenangan bersama Prof. Dr. Taufiq Yap.
BAWA CABARAN UMS: Kakitangan UMS yang akan menyertai Kuching Marathon 2019 merakamkan gambar kenangan bersama Prof. Dr. Taufiq Yap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia