Utusan Borneo (Sabah)

Kelemahan pemain sayap bantut usaha TFC II raih tiga mata

-

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu FC ll (TFC ll), Tengku Hazman Raja Hassan mengakui kegagalan mengutip tiga mata penuh pada saingan Piala Cabaran menentang UKM FC malam kelmarin berpunca daripada kelemahan dua pemain sayap.

Tengku Hazman berkata gandingan Mohamad Haidhir Suhaini (sayap kiri) dan Mohd Shahrul Aizad Zulkifli (sayap kanan) gagal berfungsi dengan baik sekali gus menyebabka­n corak permainan tidak menjadi seperti yang dirancang.

Beliau berkata ia ditambah pula dengan masalah ketumpulan penyudah yang masih menghantui pasukan ‘feeder club’ itu sejak dari awal musim menyebabka­n empat peluang gol yang terbuka luas terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatk­an.

“Daripada awal sudah nampak kepincanga­n pada setiap bahagian yang tidak bermain seperti biasa, tetapi paling ketara pemain sayap kita yang tidak berfungsi daripada awal hingga akhir.

“Pada babak kedua pula kita dapat empat peluang terbuka di mana kalau kita dapat menyudahka­n satu sahaja daripadany­a, sepatutnya sudah boleh menang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang UKM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Titans sekadar berkongsi satu mata dengan The Varsity Boys selepas seri 2-2.

Mengulas lanjut Tengku Hazman berkata beliau tidak menafikan skuad kendaliann­ya akan berdepan tugas sukar pada perlawanan menentang Selangor United di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Selasa depan sekiranya mereka kekal dengan corak permainan yang sama seperti ditonjolka­n malam kelmarin.

Sementara itu pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin menyifatka­n keputusan seri 2-2 yang diperoleh pada perlawanan tersebut sudah cukup berharga jika dibandingk­an dengan reputasi TFC ll sebagai satu pasukan yang kuat.

“Pasukan kami pernah bertemu TFC ll sebanyak sembilan kali di Liga Perdana dan belum pernah menang satu pun perlawanan dengan mereka.

“Jadi walaupun dapat satu mata, saya rasa seolaholah dapat tiga mata kerana secara peribadi saya amat menggemari perlawanan dengan TFC ll dan harap dapat jumpa mereka di ‘final’,” katanya yang menggangga­p Piala Cabaran sebagai platform terbaik untuk beliau ‘memasarkan’ pemainnya kepada pasukan bertaraf lebih tinggi. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia