Utusan Borneo (Sabah)

SK Tinusa juara bola sepak 7 sebelah

- Artikel sumbangan Salman Abadi.

SANDAKAN: Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Tinusa muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah (7S) Bawah 11 Tahun Piala Yayasan Bank Rakyat (YBR-KPM) peringkat daerah Sandakan yang berlangsun­g di padang SK Tinusa, baru-baru ini.

Kejohanan tersebut ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Bank Rakyat dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK/Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dengan kerjasama SK Tinusa Sandakan sebagai tuan rumah dan pengelola kejohanan itu.

SK Tinusa berjaya menjuarai kejohanan itu menewaskan pasukan SK Muhibbah 2 - 1 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2 - 2 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g sengit dan menarik.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan SK Merpati selepas menundukka­n SK St Marys Labuk 2 – 0 pada perlawanan penentuan.

Penyelaras kejohanan Zul Othman berkata, sebanyak 11 pasukan menyertai kejohanan dua hari itu yang dijalankan secara liga dalam empat kumpulan.

Sekolah-sekolah lain yang mengambil bahagian ialah SK Taman Rimba (juara 2018), SK Sibugal Besar, SK Sung Siew, SK St Monica, SK Pulau Timbang, SK Batu Putih Baru dan SK Karamuntin­g, Sandakan.

Katanya, kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar dalam sukan bola sepak untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi, sekali gus memilih pasukan sekolah untuk mewakili daerah Sandakan ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2019 YBRKPM peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Lahad Datu pada 6 – 8 September depan.

Majlis perasmian penutupan kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Suriyansha­h Mohd Yunus yang juga Penyelia Unit Sukan PPD Sandakan.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Tinusa Jaya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan itu, Haji Ashmar Haji Labadu.

Sementara itu, sebanyak 24 pasukan ‘berasaskan sekolah’ melibatkan seramai 288 pemain yang mewakili 24 daerah (Pejabat Pendidikan Daerah) seluruh Sabah dijangka menyertai kejohanan peringkat negeri Sabah di Lahad Datu pada 7 September depan untuk memilih pasukan terbaik bagi mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.–

 ??  ?? KENANGAN: AJK Pengelola bergambar kenangan bersama pengurus, jurulatih dan pemain empat pasukan terbaik YBR-KPM daerah Sandakan iaitu SK Tinusa, SK Muhibbah, SK Merpati dan SK St Marys Labuk, Sandakan.
KENANGAN: AJK Pengelola bergambar kenangan bersama pengurus, jurulatih dan pemain empat pasukan terbaik YBR-KPM daerah Sandakan iaitu SK Tinusa, SK Muhibbah, SK Merpati dan SK St Marys Labuk, Sandakan.
 ??  ?? JUARA: Pasukan SK Tinusa muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM peringkat daerah Sandakan dan akan mewakili Sandakan di peringkat negeri Sabah di Lahad Datu.
JUARA: Pasukan SK Tinusa muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah YBR-KPM peringkat daerah Sandakan dan akan mewakili Sandakan di peringkat negeri Sabah di Lahad Datu.
 ??  ?? NAIB JOHAN: Pasukan SK Muhibbah Sandakan terpaksa akur menduduki naib johan selepas tewas 1 – 2 menerusi penentuan sepakan penalti.
NAIB JOHAN: Pasukan SK Muhibbah Sandakan terpaksa akur menduduki naib johan selepas tewas 1 – 2 menerusi penentuan sepakan penalti.
 ??  ?? TAHNIAH: Haji Ashmar Labadu bersama Suriyansha­h Mohd Yunus (kanan) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada ketua pasukan SK Tinusa.
TAHNIAH: Haji Ashmar Labadu bersama Suriyansha­h Mohd Yunus (kanan) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada ketua pasukan SK Tinusa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia