Utusan Borneo (Sabah)

10 pasukan bersaing rebut juara

Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 Piala Ahli Parlimen Labuan

-

LABUAN: Sebanyak 10 pasukan akan bersaing merebut hadiah juara sebanyak RM2,000 di Kejohanan Bola Sepak Bawah 20, Piala Ahli Parlimen Labuan di Padang Dataran Labuan pada 16-18 Ogos ini.

Naib johan pula bakal membawa pulang RM1,000, ketiga RM700 dan ke-4 RM300.

Pihak penganjur turut menyediaka­n anugerah penjaring terbanyak, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan anugerah Fair Play akan menerima RM300.

Dalam Kumpulan A, lima pasukan itu ialah Complex FC, ST Labuan, Lubok Temiang, Takashi Kubo dan Bambu Alaf Baru.

Manakala Kumpulan B dibarisi Bambu FC, PatauPatau 2, Patau-Patau 1, Labuan Academy dan LCFC.

Taklimat dan cabutan undi telah dilangsung­kan di kediaman Ahli Parlimen Labuan; Datuk Rozman Isli, malam kelmarin.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA); Sophian Said, Naib Presiden Lafa; Zamri Mohamad Tuah dan Setiausaha Lafa; Roziman Sabtu.

Pada majlis itu, Sophian menyerahka­n sumbangan baju korporat kepada Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan; Jainudin Djimin.

Turut menerima sumbangan ialah pasukan Lavestar dan Labexstar berupa jersi.

Sementara itu, perlawanan pembukaan akan diadakan malam ini bermula pukul 7.30 malam di Dataran Labuan.

Bagi menyerikan lagi majlis perasmian itu, pihak penganjur akan mengadakan perlawanan persahabat­an membabitka­n bekas pemain yang pernah menyarung jersi Labuan pada era 80-an dan 90-an.

Kejohanan itu dianjurkan LAFA dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Labuan dan mendapat sokongan padu daripada Yayasan Pembanguna­n Labuan (YPL).

Kejohanan itu diadakan untuk mencungkil bakatbakat baharu untuk mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan di pertanding­an dalam negara pada masa akan datang.

“Inilah ruang dan peluang untuk pemain muda menunjukka­n kemahiran dan bakat mereka sebelum diserapkan ke skuad Bawah 20 Tahun Labuan,”kata Rozman.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) CENDERA KENANGAN: Rozman (tiga kanan) menyerahka­n baju korporat kepada Jainudin sambil diperhatik­an Sophian (dua kanan), Zamri (dua kiri) dan Roziman (kiri).
(Gambar kanan) CENDERA KENANGAN: Rozman (tiga kanan) menyerahka­n baju korporat kepada Jainudin sambil diperhatik­an Sophian (dua kanan), Zamri (dua kiri) dan Roziman (kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) ALBUM: Rozman (empat kanan) dan Sophian (tiga kiri) bersama pengurus pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 20, Piala Ahli Parlimen Labuan 2019. Turut kelihatan Zamri (tiga kanan) dan Roziman (dua kiri).
(Gambar atas) ALBUM: Rozman (empat kanan) dan Sophian (tiga kiri) bersama pengurus pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah 20, Piala Ahli Parlimen Labuan 2019. Turut kelihatan Zamri (tiga kanan) dan Roziman (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia