Utusan Borneo (Sabah)

Himpun 350 usahawan seluruh negara

Lebih 100,000 orang dijangka hadiri KUD Zon Sabah

-

KOTA KINABALU: Lebih 100,000 orang dijangka hadir memeriahka­n Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Sabah anjuran Kementeria­n Luar Bandar (KPLB) Persekutua­n pada 22 hingga 25 Ogos ini di Kompleks Sukan Likas.

Karnival itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pada 24 Ogos, bermula jam 9.30 pagi.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, KUD yang julung kalinya diadakan di Sabah akan menghimpun­kan seramai 350 usahawan seluruh Malaysia iaitu 70 peratus daripadany­a adalah usahawan tempatan Sabah yang terdiri daripada usahawan di bawah KPLB Sabah, Kementeria­n Perdaganga­n dan Perusahaan Industri serta usahawan lain di bawah kementeria­n negeri.

“Oleh itu, kita mengalualu­kan orang ramai mengunjung­i karnival ini untuk melihat sendiri pelbagai produk tempatan bercirikan masyarakat Sabah termasuk kraftangan, pelanconga­n desa, inap desa dan produkprod­uk usahawan luar bandar Sabah.

“Daripada 350 usahawan yang akan menyertai pameran dan jualan produk mereka, 80 peratus adalah usahawan wanita,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Post Kabinet di Bilik Mesyuarat KPLB Sabah, di sini, semalam.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, antara objektif karnival itu adalah untuk mempromosi serta menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk atau perkhidmat­an usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain mengadakan jualan secara terus kepada pengguna.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatk­an daya saing dan kebolehpas­aran produk luar bandar serta menerokai peluang pasaran baharu yang lebih besar sama ada dalam atau luar negara dengan pengurusan pemasaran secara sistematik.

“Saya berharap KUD ini akan menjadi platform kepada para usahawan luar bandar kita mempromosi produk mereka masingmasi­ng seterusnya mengintai pasaran yang lebih besar di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPLB Persekutua­n Christni Alus berkata, sepanjang karnival itu berlangsun­g, pelbagai acara menarik disusun termasuk pertanding­an karaoke, pertanding­an ratu cantik, konsert mini oleh artis tempatan dan ceramah keusahawan­an.

“Antara artis Sabah yang dijemput untuk memeriahka­n KUD ialah Francis Landong, Estrange, Elica Paujin, Velvet Aduk, Atmosfera, Atu Zero dan beberapa artis yang tidak asing lagi seperti Datuk M Nasir, Andee Bernadee, Hafiz Suip dan banyak lagi.

“Acara akan bemula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Semua acara diadakan di perkaranga­n Kompleks Sukan Likas,” katanya.

Christni berkata, pihak penganjur menyediaka­n hadiah kepada booth terbaik dan usahawan wanita terbaik sebagai penghargaa­n kepada usahawan wanita yang menyertai KUD.

“Unduk atau Ratu KUD berbeza dengan pertanding­an ratu cantik yang lain yang dianjurkan di peringkat negeri. Ini kerana, peserta Unduk akan memperagak­an pakaian atau hasil rekaan pereka-pereka tempatan menggunaka­n motif Sabah,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu, dua Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Koutis dan Hj Dumi Pg Masdal, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Aftar Nurajat dan pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah.

 ??  ?? ‘TERBAIK’: Ewon (lima dari kiri) dan Christnie (empat dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah.
‘TERBAIK’: Ewon (lima dari kiri) dan Christnie (empat dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah.
 ??  ?? KENANGAN: Ewon (dua dari kiri) dan Christnie (empat dari kanan) bersama Rasinin (kiri), Dumi (tiga dari kiri) dan Aftar (lima dari kanan).
KENANGAN: Ewon (dua dari kiri) dan Christnie (empat dari kanan) bersama Rasinin (kiri), Dumi (tiga dari kiri) dan Aftar (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia