Utusan Borneo (Sabah)

Warga Kg Bariawa Ulu didedah penyalahgu­naan dadah

-

KENINGAU: Program Komuniti Bersama Pelajar SPDA Borneo Psikologi Kaunseling dan Pemulihan Dadah UMS telah berjaya dilaksanak­an di Kampung Bariawa Ulu, di sini, barubaru ini.

Pihak Jawatankua­sa Masjid Somadul Mukhlisin Bariwa Ulu dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Bariawa Utara telah bersetuju melaksanak­an program berkenaan dan telah menjemput para pegawai dari Kota Kinabalu.

Pengerusi Penganjur Juspin Sizan berkata, pihak penganjur telah menjemput beberapa pegawai dari pelbagai jabatan di Ibu Negeri antaranya Bahagian Perkhidmat­an Farmasi KKM, PDRM, UMS dan ATM.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada para penceramah yang telah sudi datang ke Kampung Bariawa Ulu.

Dalam ucapan aluannya, beliau berkata program itu sangat bertepatan dengan keadaan kemajuan dan teknologi sekarang yang terlalu mudah kepada masyarakat, sama ada dalam bandar mahupun di luar bandar, dapat memperoleh­i maklumat yang baik dan buruk.

“Dengan kehadiran para pegawai yang mempunyai kepakaran masing-masing ke kampung ini, bukan sahaja dapat menyampaik­an maklumat penting kepada masyarakat bahkan juga memberikan pelbagai mesej mengenai keburukan penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Kampung Bariawa Ulu Sanusi Tundou yang mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua jabatan yang datang ke program bersama penduduk di kampung berkenaan, yang bukan sahaja untuk memberikan ilmu dan panduan baik, tetapi juga dapat beramah mesra bersama penduduk kampung.

Katanya, kehadiran para penceramah yang berpengala­man berhubung dadah adalah satu cara yang baik bagi mencegah penggunaan dadah.

Memulakan ceramah ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmat­an Farmasi KKM Mad Sapri Tumiran, yang menyampaik­an maklumat mengenai penggunaan ubat-ubat yang berlebihan dos serta pembelian secara ‘online‘.

Disusuli pula dengan penceramah dari PDRM, ASP Ali Husin Sahina yang membentang­kan undangunda­ng berkaitan dadah dan jenayah.

Ustaz Md Razali Saibin seorang pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UMS telah diberikan tanggungja­wab untuk menghuraik­an berhubung hukum dadah dalam Islam.

Wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), MejarIsmai­l Merah bertanggun­gjawab memberikan penerangan berhubung laluan pemulihan dadah di Malaysia, peranan AADK, rawatan dan pemulihan, keburukan pengambila­n dadah serta kerohanian dan keagamaan kepada penagih.

Definisi mengenai dadah, asal dadah dan akta dadah telah dipertangg­ungjawabka­n kepada pihak PDRM yang telah disampaika­n oleh ASP Ali Sahina.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Kampung Bariawa Ulu Apandy Kasimin dan Pengerusi KRT Bariawa Utara Mohd Dahlan Bari serta masyarakat kampung berkenaan.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Bergambar bersama penceramah.
UNTUK KENANGAN: Bergambar bersama penceramah.
 ??  ?? USTAZ MD RAZALI
USTAZ MD RAZALI
 ??  ?? JUSPIN
JUSPIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia