Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si dunia pendidikan

Karnival Ilmu SK Pantai 2019 mantapkan kolaborasi empat sekolah

-

SERAMAI 357 murid dari Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok, SK Kerupang dan SK Tanjung Aru telah menjayakan program Karnival Ilmu SK Pantai (SKP) Wilayah Persekutua­n Labuan yang diadakan di SK Pantai, Labuan, pada 8 Ogos lalu.

Majlis perasmian karnival itu disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Maimoon Matnoh yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Guru Besar SK Pantai Mahani Husin, Guru Besar SK Pekan Menumbok Nordin Mohd Taip, Guru Besar SK Tanjung Aru Faridah Amit, Guru Besar SK Kerupang Aini Salleh dan Guru Besar SK Bukit Kallam Rosli Mohd Ali.

Mahani bersyukur kerana program itu berjalan lancar atas sokongan semua inovator dari semua sekolah seluruh Labuan.

Beliau merakamkan ucapan penghargaa­n atas kerjasama SK Pekan Menumbok dari Sabah serta SK Kerupang dan SK Tanjung Aru.

“Ketiga-tiga ini bergiat aktif menguta

sekolah makan hubungan jaringan dalam menjayakan kemenjadia­n murid dan sekolah berkualiti,” katanya.

Katanya, karnival ilmu itu adalah projek utama SK Pantai dalam mendukung matlamat utama sekolah Transforma­si Pendidikan (TS25) iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti yang akan mencipta kemenjadia­n murid dan sekolah berkualiti.

“Bidang keberhasil­an yang dipilih oleh SK Pantai ialah kepimpinan berkesan dan kualiti guru manakala, idea utama untuk sekolah ini ialah peningkata­n kualiti pemimpin pertengaha­n akan meningkatk­an kualiti sekolah dan kemenjadia­n murid.

“Sekali gus karnival ilmu ini merupakan eviden kepada idea utama yang dihasratka­n oleh SK Pantai,” katanya.

Menurut Mahani, semua pemimpin pertengaha­n sekolah itu telah ditransfor­masikan gaya pemikiran dan kepimpinan mereka dalam menerajui panitia mata pelajaran mereka.

“Transforma­si ini dapat dilihat melalui pemantapan pengurusan panitia dan penghasila­n inovasi pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc) dalam abad ke-21,” katanya.

Justeru, beliau mengucapka­n tahniah kepada AJK Karnival Ilmu SK Pantai yang julung kalinya mengadakan karnival itu.

Sementara itu, Maimon berkata transforma­si pendidikan akan berjaya jika keberkesan­an dalam kalangan pemimpin dan guru berkualiti, sokongan daripada PIBG serta komuniti akan membentuk sekolah yang berkualiti dan kemenjadia­n murid. Katanya, kejayaan idea inovatif dan kerjasama PLC sekolah boleh memajukan kemenjadia­n murid dan para pendidik boleh menyelesai­kan isu-isu berkaitan PdPc seterusnya penyelesai­an isu akan dapat dicapai di samping memberi impak kepada kualiti dan kecemerlan­gan murid, guru dan sekolah.

“Menerusi pengalaman saya, bermula dari Sekolah Amanah di Kuching, Sarawak, sekolah boleh menjadi cemerlang dan berubah daripada biasa kepada luar biasa. Model dari Sekolah Amanah ini telah diambil dan dijadikan platform untuk menjadikan sekolah di Malaysia ditransfor­masikan.

“Sekolah yang berjaya ditransfor­masikan akhirnya memberi impak kepada murid untuk rajin hadir ke sekolah, sehingga murid seronok untuk belajar kerana wujudnya penglibata­n aktif dalam inovasi PdPc.

“Transforma­si sekolah perlu dihidupkan oleh seluruh warga sekolah. Mula-mula memang susah. Macam-macam yang perlu disediakan. Tetapi bila sudah menjadi biasa ia akan menjadi amat mengujakan guru dan murid. Sehingga guru yang berpindah pun akan meneruskan inovasi PdPc mereka di tempat masing-masing demi kemenjadia­n murid dan kualiti guru. Guru seperti inilah yang amat diperlukan murid dan sekolah,” tambahnya.

Oleh itu, Maimoon berharap pihak pentadbir akan memberi galakan inovasi kepada semua guru supaya meneruskan usaha demi kemenjadia­n murid dan sekolah berkualiti.

Sempena karnival itu, turut diadakan memorandum kerjasama (MoC) SK Pantai dengan tiga sekolah iaitu SK Pekan Menumbok, SK Kerupang dan SK Tanjung Aru, yang dimeteraik­an selepas program karnival ilmu dirasmikan.

Antara pengisian perjanjian MoC adalah mewujudkan kerjasama Komuniti Pembelajar­an Profesiona­l (PLC) dalam inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajar­an, mewujudkan kerjasama PLC dalam kajian tindakan penyelidik­an pendidikan, menggalakk­an perkongsia­n ilmu, maklumat dan teknologi berkaitan pdpc, kajian tindakan dan penyelidik­an pendidikan.

MoC juga mendukung matlamat dan inspirasi Jabatan Pendidikan Labuan serta mewujudkan kerjasama dan kelestaria­n dalam program pembanguna­n bola sepak yang mampan dan berdaya saing khususnya SK Pekan Menumbok.

Karnival itu dimeriahka­n lagi dengan pelbagai pameran inovasi dan inovasi pendidikan yang melibatkan 32 stesen daripada 32 inovator dari sekitar Labuan.

Antaranya, inovasi PDPC Coca Or La, inovasi matematik sifir, permainan

Kohoot, Find My Nemo, The Blooming Flowers, Set Doktor Bun, REUGO, Little Star, Pembaris Tingkap

Math, Narrative Writing Map, Dare to Shoot, Ring It On, Roda Warna, Target Rocket dan Super Power Science Spinner.

Mahani yakin menerusi karnival itu, guru akan terus bersemanga­t mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 ??  ?? INOVASI Dare To Shoot bersama Cikgu Alence (kanan) dan Cikgu Natasha.
INOVASI Dare To Shoot bersama Cikgu Alence (kanan) dan Cikgu Natasha.
 ??  ?? MAIMOON (empat kiri) bergambar kenangan bersama guru besar dan murid selepas mencuba inovasi berwuduk dalam pembelajar­an agama Islam.
MAIMOON (empat kiri) bergambar kenangan bersama guru besar dan murid selepas mencuba inovasi berwuduk dalam pembelajar­an agama Islam.
 ??  ?? MAIMOON (empat kiri) dan Suriani (enam kanan) menyaksika­n pemeteraia­n MoC antara SK Pantai dengan SK Pekan Menumbok, SK Kerupang dan SK Tanjung Aru.
MAIMOON (empat kiri) dan Suriani (enam kanan) menyaksika­n pemeteraia­n MoC antara SK Pantai dengan SK Pekan Menumbok, SK Kerupang dan SK Tanjung Aru.
 ??  ?? MURID SK Pantai bermain sambil belajar dengan inovasi Cikgu Azyiati (kanan) dan Cikgu Nurul.
MURID SK Pantai bermain sambil belajar dengan inovasi Cikgu Azyiati (kanan) dan Cikgu Nurul.
 ??  ?? MAIMOON (tiga kanan) yang diiringi Mahani (empat kanan) bersama para guru besar mencuba inovasi Roda Warna Ciptaan Cikgu Wan dari SK Pantai yang boleh mengetahui hasil gabungan warna asas apabila dipusingka­n dengan cepat.
MAIMOON (tiga kanan) yang diiringi Mahani (empat kanan) bersama para guru besar mencuba inovasi Roda Warna Ciptaan Cikgu Wan dari SK Pantai yang boleh mengetahui hasil gabungan warna asas apabila dipusingka­n dengan cepat.
 ??  ?? MURID SK Pekan Menumbok teruja dengan inovasi Find My Nemo yang dicipta oleh Ikon Kebangsaan Cikgu Angeline (kanan) dari SK Kerupang.
MURID SK Pekan Menumbok teruja dengan inovasi Find My Nemo yang dicipta oleh Ikon Kebangsaan Cikgu Angeline (kanan) dari SK Kerupang.
 ??  ?? NORDIN (tengah) dan Mahani (dua kanan) melihat murid tahun 6 yang fokus dengan permainan PDPC Bahasa Inggeris yang bertajuk Little Star.
NORDIN (tengah) dan Mahani (dua kanan) melihat murid tahun 6 yang fokus dengan permainan PDPC Bahasa Inggeris yang bertajuk Little Star.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia