Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Jabatan Matematik KML kembang kemahiran pelajar secara holistik

-

KARNIVAL Jabatan Matematik Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) telah diadakan dengan jayanya, baru-baru ini.

Karnival itu menyediaka­n beberapa aktiviti yang menarik dan mencabar untuk para pelajar.

Tujuan utama karnival itu adalah untuk mengembang­kan kemahiran pelajar secara holistik dengan memperkena­lkan unsurunsur pembelajar­an kreatif, kemahiran mengurus masa dan kemahiran sosial.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pensyarah

Muda, Maths The Builder, Master of Calculator, Sudoku, I-think Map, Explorace, Video Challenge, Presentati­on Software Challenge dan Poster Challenge.

Majlis penutupan yang disempurna­kan oleh Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan Mohd Idris Omar diserikan lagi dengan pertanding­an Sudoku peringkat akhir secara langsung di Dewan Mutiara yang disaksikan oleh semua pelajar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Hamizar Tahir, Ketua Unit Matematik Noordiana Ariffin, Ketua Unit Sains Komputer Rafiah Ishak, Setiausaha Jabatan Matematik Azlinda Tuah dan Penyelaras Program Mohd Fidry Aizam Mohd Zaki.

Dalam ucapannya, Mohd Idris berharap agar para pelajar KML gembira dan seronok dengan aktivitiak­tiviti yang dijalankan.

Beliau berharap agar program Minggu Karnival Jabatan Matematik itu dapat memupuk minat pelajar di dalam subjek Matematik dan Sains Komputer.

Katanya, aktiviti seumpama itu dapat menguji kebolehan dan kepintaran pelajar.

Mohd Idris juga menyatakan bahawa subjek Matematik dan Sains Komputer tidak boleh dipisahkan.

Pada masa sama, beliau juga berharap dengan pelancaran ‘Youtube Channel’ oleh Unit Sains Komputer dapat mewujudkan pembelajar­an yang lebih seronok di dalam kelas.

“Saya ucapkan sekalung tahniah kepada pensyarah Jabatan Matematik di atas penganjura­n Minggu Karnival Jabatan Matematik 2019.

“Saya yakin menerusi karnival ini, pelajar akan mendapat pelbagai ilmu tambahan khususnya mengenai Matematik,”katanya.

 ??  ?? MOHD Idris dan Hamizar bergambar bersama pelajar yang menghadiri Majlis Penutupan Karnival Jabatan Matematik.
MOHD Idris dan Hamizar bergambar bersama pelajar yang menghadiri Majlis Penutupan Karnival Jabatan Matematik.
 ??  ?? MOHD Idris dan Hamizar Tahir (kanan), melawat pameran hasil kerja tangan pelajar dari Karnival Jabatan Matematik.
MOHD Idris dan Hamizar Tahir (kanan), melawat pameran hasil kerja tangan pelajar dari Karnival Jabatan Matematik.
 ??  ?? MOHD Idris (tiga kiri) merasmikan pelancaran Youtube Channel Unit Sains Komputer KML.
MOHD Idris (tiga kiri) merasmikan pelancaran Youtube Channel Unit Sains Komputer KML.
 ??  ?? PESERTA akhir pertanding­an Sudoku sedang bertanding di Dewan Mutiara KML.
PESERTA akhir pertanding­an Sudoku sedang bertanding di Dewan Mutiara KML.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia