Utusan Borneo (Sabah)

Merdeka istimewa buat peminat barang kemas Habib di Sabah

-

KOTA KINABALU: Sempena meraikan tahun kemerdekaa­n Malaysia yang ke-62, Habib, jenama barang kemas tempatan Malaysia yang sudahpun bertapak dan beroperasi selama 61 tahun, akan menyambut Merdeka untuk penggemar Habib di seluruh Malaysia secara besar-besaran.

Pada tahun ini, Habib telah melancarka­n pelbagai aktiviti untuk semua pelanggan setia di Malaysia termasuk para pelanggan di Sabah yang sentiasa menyokong jenama itu sejak tahun 1957 lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib Dato’ Sri Meer berkata, “Pada mulanya, kami memulakan perniagaan kami di Sabah dengan mengadakan pameran barang kemas di lobi hotel di negeri ini. Sejak itu, permintaan mula berkembang dan ramai penduduk Sabah telah menunjukka­n minat dan sokongan yang besar terhadap barangan kami.”

“Kebanyakan pelanggan kami akan mengumpul duit semata-mata untuk hadir ke pameran kami yang diadakan dua kali setahun, sehinggaka­n ada yang kecewa apabila mereka terlepas pameran kami. Sebab inilah Habib sangat menghargai pelanggan setia kami di Sabah,” tambahnya.

Di Sabah, katanya, barangan kemas bertatahka­n batu permata dan berlian adalah di antara barangan yang paling popular. Rantai tangan dan loket merupakan barangan kemas kegemaran penduduk Sabah.

“Kami di Habib mendapat inspirasi untuk menghasilk­an lebih banyak barang kemas menggunaka­n batu permata dan berlian, dan ternyata percaturan kami sangat tepat kerana semakin banyak pelanggan meminta kami membuka cawangan di Sabah,” katanya.

Cawangan Habib pertama di Sabah beroperasi di One Borneo pada 5 Jun 2008. Kemudian, cawangan di Suria Sabah dibuka pada 2009 dan di Imago Shopping Mall pada 2017.

Meer berkata, “Tunjang utama kejayaan kami di sini adalah dari sokongan dan juga kesetiaan pelanggan kami di Sabah. Kami sangat menghargai dan berterima kasih terhadap kepercayaa­n yang diberikan kepada kami sebagai sebuah jenama tempatan.”

“Kepercayaa­n dan kesetiaan pelanggan kami tidak akan disia-siakan. Kami memastikan bahawa kami tidak hanya memberi pengalaman yang istimewa kepada pembeli di kedai kami, malah kami juga memberikan yang terbaik dalam pembuatan produk untuk menghasilk­an reka bentuk yang bergaya dan kreatif,” katanya.

Tegasnya, Habib tidak berkomprom­i dengan kualiti barangan kemasnya dan menjamin harga yang ditawarkan sejajar dengan kualiti bertaraf dunia.

Bersempena Bulan Kemerdekaa­n ini, Meer berkata kemerdekaa­n bermakna kita dapat menjalanka­n kehidupan seharian dengan selesa.

Bak kata Tun Abdul Rahman, ‘Negara ini adalah sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya, dibina berdasarka­n prinisip kebebasan dan keadilan serta sentiasa meperjuang­kan kebajikan dan kesejahter­aan rakyatnya. Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang kita capai sebagai negara yang berbilang kaum.’

Untuk Bulan Kemerdekaa­n ini, Habib melancarka­n koleksi istimewa Merdeka bertemakan dati emas kuning, putih dan juga emas ros, sesuai untuk dipadankan bersama baju kurung, kebaya, cheongsam, saree dan juga persalinan baldu hitam Kadazan serta persalinan tradisiona­l Sarawak.

Jualan Merdeka Habib kini berlangsun­g di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019. Antara tawaran yang merarik adalah: loket emas 916 bermotifka­n bunga raya dari RM118; loket emas 916 Bendera Malaysia edisi terhad berharga RM118; serendah RM62 untuk sepasang subang mutiara; dan kepingan emas edisi terhad seberat 2g bermotif bangunan bersejarah Malaysia.

Selain itu, potongan sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih; potongan RM8 hingga RM20 segram untuk emas 916/999; dan hadiah mesra alam percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia