Utusan Borneo (Sabah)

MTDC, KPM terus buka peluang pekerjaan kepada penuntut tahun akhir IPTA

-

BANGI: Perubahan ekosistem pekerjaan, perkembang­an pesat teknologi dan revolusi industri 4.0 menjadi cabaran kepada graduan institut pengajian tinggi untuk berdaya saing di peringkat nasional dan global.

Bagi menyedia dan membangunk­an penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menghadapi cabaran berkenaan, Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneruskan program KPM - MTDC Graduate Employabil­ity I4.0 (GE I.40), kohort kedua untuk pelajar tahun akhir IPTA di seluruh negara.

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata sebagai peneraju utama dalam Industri 4.0, program berkenaan memberi tumpuan kepada pembanguna­n graduan bagi memenuhi sektor pekerjaan di syarikat berteknolo­gi di dalam ekosistemn­ya.

“Peranan utama MTDC adalah untuk mengenal pasti dan menyediaka­n platform bagi usahawan peniaga kecil dan sederhana untuk berkecimpu­ng dalam Industri 4.0. Manakala IPT pula perlu melahirkan graduan yang bersedia untuk Industri 4.0 agar mampu memenuhi keperluan industri.

“Bagi memastikan­nya, graduan hari ini tidak perlu terlalu terikat dengan bidang yang mereka pelajari di universiti sebaliknya perlu memiliki fleksibili­ti dan kepakaran dalam pelbagai bidang untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka,” kata Norhalim pada majlis penutup Program GE I4.0 itu di sini.

Norhalim berkata sebanyak 150 pekerjaan disediakan daripada 34 syarikat berteknolo­gi di bawah ekosistem MTDC, syarikat dalam komuniti industri 4.0 MTDC dan syarikat multinasio­nal secara latihan pekerjaan selama tiga bulan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia