Utusan Borneo (Sabah)

PKK kongsi peluang pendidikan TVET

Program Outreach bersama pelajar SMK Ulu Sugut di Kg Karagasan

-

POLITEKNIK Kota Kinabalu (PKK) akan terus komited merancang dan mengadakan pelbagai program di kawasan luar bandar agar maklumat berhubung bidang TVET meliputi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dimaklumi kalangan belia dan beliawanis di luar bandar.

Menyedari pentingnya promosi dan pendedahan itu, PKK melalui Jabatan Kejurutera­an Mekanikal telah melaksanak­an Program Outreach bersama lebih 30 pelajar SMK Ulu Sugut di Dewan Mini Kg Karagasan, Ranau.

Kg Karagasan yang terletak sejauh 74 km dari Pekan Ranau merupakan antara kampung di bawah Mukim Kaingaran bersama 19 kampung lain, antaranya Gusi, Gan, Kiwakau, Betung, Namaus Ulu Sugut dan Giring.

Program selama dua hari itu merupakan anjuran bersama PKK dan Jawatankua­sa Belia Kg Karagasan yang melibatkan seramai 13 orang dari PKK terdiri daripada sembilan pensyarah dan empat pelajar dalam bidang mekatronik.

Sementara itu, para peserta program merupakan pelajar tingkatan tiga hingga lima SMK Ulu Sugut, yang berasal dari kampungkam­pung berdekatan.

Ketua Jabatan Kejurutera­an Mekanikal Abdul Razak Mohd Daim yang mengetuai rombongan PKK berkata, Program Outreach itu bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar SMK Ulu Sugut serta belia dan beliawanis di Kg Karagasan, berkaitan pendidikan kemahiran khasnya pengetahua­n dalam bidang asas robotik, serta peluang pendidikan dan pengajian tinggi yang ditawarkan di PKK.

Katanya program ilmu disertakan konsep tanggungja­wab sosial selama dua hari itu, sudah pasti memberi impak positif bukan sahaja kepada para peserta program sebaliknya, memberi ruang

kepada pihak pengurusan PKK untuk membuat perancanga­n strategik dengan fokus diberikan kepada program di kawasan luar bandar dan terpencil pada masa akan datang.

“Dengan adanya pendedahan dan perkongsia­n seperti ini, kita dapat sedikit sebanyak membantu anak-anak muda ini untuk berusaha mengubah cara hidup mereka dan keluarga mereka melalui ilmu pengetahua­n dan kemahiran,” katanya.

Di samping itu, program itu juga adalah antara langkah dalam usaha memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang teknikal selaras dengan usaha negara untuk terus membangun seiring dengan negara maju yang lain.

Sementara itu, Pensyarah PKK Ninie Farahana Kamarulzam­an berkata, pengalaman dua hari menyertai program selaku tenaga penceramah merupakan pengalaman yang sangat mencabar dari segi fizikal dan mental yang tidak boleh dilupakan.

Mengimbau semula pengalaman­nya, perjalanan masuk ke Kg Karagasan melalui jalan yang tidak berturap sejauh 74 km dari Pekan Ranau merupakan cabaran pertama yang dilalui mereka sebelum sampai ke destinasi sebenar.

“Kami dibawa menuju ke Kg Karagasan dengan menaiki sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda. Perjalanan masuk ke dalam kampung memang agak mencabar kerana terpaksa melalui jalan gravel, berdebu dan berbatu selama tiga jam setengah,” katanya.

Setibanya rombongan PKK pada jam 2 petang, mereka terus memulakan program Pengenalan Peluang Pendidikan Tinggi di Politeknik Malaysia yang disampaika­n oleh Ketua Program Mekanikal Sahrizan Mohamad Sahari.

Diikuti dengan pendedahan kepada asas elektronik oleh Ketua Program Mekatronik Philips Dharmaraj dengan dibantu pensyarah dan pelajar PKK yang turut serta. Seterusnya, para pelajar SMK Ulu Sugut diajar dan didedahkan mengenai komponenko­mponen asas elektronik dan cara memasang litar asas.

Kesemua program yang diadakan di Dewan Mini Kg Karagasan berlangsun­g dalam keadaan kurang selesa kerana kampung itu tidak mempunyai sumber elektrik yang tetap dan hanya bergantung kepada genset yang dihidupkan pada sebelah malam selama empat jam sahaja.

Namun semangat dan minat para peserta yang amat tinggi dan begitu teruja dalam menyelesai­kan cabaran tugasan yang diberikan oleh pensyarah PKK, mengatasi suasana panas dan mencabar yang dialami kesemua mereka yang berada di dalam dewan kampung itu.

Cabaran perkongsia­n ilmu diteruskan lagi pada sebelah malam dalam bentuk sesi motivasi yang disampaika­n oleh Abdul Razak, bertujuan menyuntik semangat cintakan ilmu dan mewujudkan kesedaran anjakan komuniti melalui pendidikan kepada para pelajar.

Meskipun hanya berbekalka­n cahaya lampu telefon bimbit dan ditemani cahaya bintang, ternyata sesi itu memberi kesan mendalam kepada para pelajar yang ratarata bercita-cita untuk merubah nasib keluarga dan kampung mereka yang dikasihi.

Melalui sesi perkongsia­n itu, latar belakang para pelajar yang hadir cukup memberi kesan kepada para pensyarah dan pelajar PKK. Terdapat pelajar yang terpaksa berjalan kaki selama tiga jam ke sekolah setiap hari dari rumah, dan ada juga antara pelajar yang masih tidak tahu hala tuju mereka selepas tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

Keadaan hidup mereka dalam serba kekurangan dari segi keperluan asas yang tidak lengkap itu amat membuka mata dan menginsafk­an para peserta PKK, yang mensyukuri nikmat sedia ada yang mana jauh lebih baik berbanding dengan para pelajar program yang memerlukan.

Sungguhpun dalam serba kekurangan dari segi keperluan asas, masyarakat Kg Karagasan kaya dengan budi bahasa dan ramah mesranya serta memberi layanan dan bantuan terbaik kepada rombongan PKK sepanjang program berlangsun­g.

Pendudukny­a seramai lebih 200 orang itu turut menghidang­kan buahbuahan hasil tanaman mereka yang juga merupakan antara aktiviti dan sumber pendapatan mereka.

Di akhir program pada hari kedua, para pensyarah bersama pelajar SMK Ulu Sugut berkongsi dapatan hasil yang diperolehi sepanjang program dijalankan.

Ternyata para pelajar amat bersemanga­t dan menunjuk minat yang berkobar-kobar untuk melanjutka­n pengajian ke Politeknik Malaysia dan seterusnya memasang niat serta bercita-cita untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka.

Wakil Ketua Kampung Karagasan, Galpam Abdullah pada majlis penutup program melahirkan rasa bangga dan penghargaa­n atas kunjungan dan program yang dilaksanak­an oleh PKK untuk pelajar SMK Ulu Sugut yang terdiri daripada anak-anak yang tinggal di kampungkam­pung berdekatan.

“Kami amat berterima kasih atas usaha pihak Politeknik Kota Kinabalu yang telah datang untuk mengajar anak-anak kami dan berharap agar mereka berusaha bersungguh­sungguh untuk menjadi anak cemerlang dan berjaya di masa hadapan nanti,” katanya yang juga Ketua Kampung Gusi.

Turut hadir dalam majlis penutup program, Pengerusi Belia Kg Karagasan Juvinah Anggong, Ustaz Helmi selaku guru pengiring pelajar SMK Ulu Sugut, Ahli Jawatankua­sa Belia Kg Karagasan serta penduduk Kg Karagasan.

Program Outreach itu ternyata mencapai matlamat untuk memberi pendedahan peluang pendidikan dan pada masa yang sama membantu mencungkil potensi dalam kalangan pelajar luar bandar dalam pelbagai bidang, terutamany­a untuk cemerlang dalam pendidikan dan menjadi agen perubahan bagi masyarakat tempatan khususnya penduduk Kg Karagasan.

 ??  ?? NINIE sedang mengadakan perkongsia­n dapatan program bersama kumpulan pelajar SMK Ulu Sugut.
NINIE sedang mengadakan perkongsia­n dapatan program bersama kumpulan pelajar SMK Ulu Sugut.
 ??  ?? ABD Razak (baris kedua, duduk enam dari kanan) bersama para tetamu dan peserta Program Outreach itu.
ABD Razak (baris kedua, duduk enam dari kanan) bersama para tetamu dan peserta Program Outreach itu.
 ??  ?? GALPAM (empat kiri) menyampaik­an hadiah kumpulan terbaik kepada para pelajar SMK Ulu Sugut sambil diperhatik­an oleh Abd Razak (tiga dari kiri).
GALPAM (empat kiri) menyampaik­an hadiah kumpulan terbaik kepada para pelajar SMK Ulu Sugut sambil diperhatik­an oleh Abd Razak (tiga dari kiri).
 ??  ?? ABD Razak (berdiri kiri) dan Ninie (berdiri, empat dari kanan) bersama peserta lain PKK menikmati suasana kampung sebelum meneruskan program bagi sesi malam.
ABD Razak (berdiri kiri) dan Ninie (berdiri, empat dari kanan) bersama peserta lain PKK menikmati suasana kampung sebelum meneruskan program bagi sesi malam.
 ??  ?? PROGRAM asas elektronik oleh Philips.
PROGRAM asas elektronik oleh Philips.
 ??  ?? PHILLIPS(duduk)danNiniese­masamenyam­paikantakl­imat kepada para peserta sebelum tugasan dimulakan
PHILLIPS(duduk)danNiniese­masamenyam­paikantakl­imat kepada para peserta sebelum tugasan dimulakan
 ??  ?? SESI asas robotik oleh Pensyarah PKK Nur Azlyn Ghafar.
SESI asas robotik oleh Pensyarah PKK Nur Azlyn Ghafar.
 ??  ?? SALAH sebuah kenderaan yang digunakan untuk memasuki Kg Karagasan.
SALAH sebuah kenderaan yang digunakan untuk memasuki Kg Karagasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia