Utusan Borneo (Sabah)

Produk hutan bukan kayu berpotensi tinggi

JHS laksana pelbagai program pembanguna­n tingkat kemampuan, kemahiran masyarakat

-

KUCHING: Kelestaria­n sumber, promosi, pemasaran serta penyelidik­an dan pembanguna­n merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan produk hutan bukan kayu (NTFP).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sedang melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n NTFP khususnya dalam pembanguna­n kapasiti dengan tujuan untuk meningkatk­an kemampuan dan kemahiran masyarakat yang terlibat dalam pengeluara­n NTFP.

“Komuniti yang terlibat dalam pengeluara­n NTFP ini mengambil bahagian dalam kursus dan bengkel untuk memastikan produk mereka mampu memenuhi piawaian dan keperluan pasaran.

“Selain itu, spesies NTFP juga telah ditanam semula agar kita tidak kehabisan sumber dan seterusnya dapat diguna pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh semasa berucap pada Karnival Produk Hutan Bukan Kayu (NTFP) Sarawak 2019 di Tebingan Kuching di sini.

Beliau turut menegaskan, NTFP boleh ditemui dalam pelbagai jenis hutan, dari hutan bakau dan paya gambut di kawasan pantai hinggalah ke hutan dipterocar­p campuran dan hutan aluvial di pedalaman.

“Minyak Ketiau daripada pokok buah-buahan nyatoh (Madhuca motleyi) dan mentega ‘engkabang’ atau ‘mentega hijau’ daripada ‘engkabang jantong’ (Shorea macrophyll­a) merupakan antara NTFP berharga yang bermusim dan boleh diperoleh dari hutan kita.

“Harga minyak Ketiau di pasaran tempatan boleh mencecah sehingga RM500 bagi isipadu 650ml manakala mentega ‘engkabang’ berharga sekitar RM350 sekilogram. Komuniti yang menghasilk­an produk ini boleh menjana pendapatan tinggi,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, produk ini juga mendapat permintaan dari negara-negara jiran seperti Brunei Darussalam dan berpotensi dikembang serta dipasarkan secara besarbesar­an melalui rangkaian pemasaran yang luas.

Menyentuh mengenai pemasaran, Abang Johari mencadangk­an agar pasaran e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Facebook digunakan sebaiknya sebagai satu kaedah untuk mengembang­kan pasaran di samping mempromosi­kan NTFP.

“Sebagai contoh, penduduk tempatan telah menggunaka­n Shopee dan Facebook untuk menjual minyak Ketiau dengan harga RM25 hingga RM40 bagi isipadu 25ml manakala mentega ‘engkabang’ pula dijual dengan harga RM15 hingga RM60 bagi 100 hingga 150g.

“Pasaran secara talian berkenaan secara tidak langsung telah menyediaka­n cara mudah dan berkesan bagi rakyat untuk menjual produk mereka sekali gus meningkatk­an jualan dan pendapatan mereka.”

Katanya, selari dengan tema ‘Enhancing Partnershi­p for Sustainabi­lity’, promosi dan pemasaran terus dipertingk­atkan dengan mengembang­kan rangkaian ke peringkat antarabang­sa.

“Karnival edisi keempat ini bukan sahaja melibatkan penyertaan daripada masyarakat dan agensi tempatan tetapi juga melibatkan organisasi antarabang­sa dari negaranega­ra lain seperti Indonesia, Nepal, Kemboja, Laos dan Filipina yang turut mempamerka­n produk NTFP masing-masing.

“Penyertaan daripada agensi tempatan dan antarabang­sa ini dapat membantu meningkatk­an dan mengembang­kan pasaran NTFP ke tahap yang lebih tinggi sekali gus mempromosi­kan NTFP Sarawak ke pentas dunia,” tambahnya.

Abang Johari juga berharap agar lebih banyak penyertaan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta sektor swasta dan organisasi antarabang­sa.

Dalam hal ini, beliau berharap agensi yang disebut akan terus menyokong dan bekerjasam­a dalam pembanguna­n, promosi dan pemasaran produk NTFP.

Turut hadir Pengarah JHS Hamden Mohammad, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor.

 ??  ?? RASMI: Len Talif (tengah) menekan butang sebagai simbolik perasmian Karnival NTFP 2019 sambil disaksikan Hamden (kiri), Wan Lizozman (dua kiri) dan Razaili (dua kanan).
RASMI: Len Talif (tengah) menekan butang sebagai simbolik perasmian Karnival NTFP 2019 sambil disaksikan Hamden (kiri), Wan Lizozman (dua kiri) dan Razaili (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia