Utusan Borneo (Sabah)

Cef Ili Sulaiman hos program ‘Belanga Kacukan’ di TV Okey

-

CEF selebriti Ili Sulaiman menjemput artis yang berketurun­an kacukan untuk memasak hidangan bersama-sama dalam program ‘Belanga Kacukan’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Ogos lepas, setiap Isnin, jam 1.00 tengah hari menerusi saluran TV Okey.

Menariknya dalam 13 episod program ini turut berkongsi kisah latar belakang dan kerjaya artis jemputan. Begitu juga keunikan tiga resipi traditiona­l pelbagai bangsa dan keturunan dalam setiap episod siarannya. Antara artis jemputan termasukla­h Keith Foo, Zizi Kirana, Fahad Iman, Tash Yong, Josiah Hogan, Intan Ladyana dan Julia Ziegler.

Dalam episod pengenalan­nya, Cef Ili mengajak selebriti jemputan, Keith Foo, kacukan Cina dan India memasak tiga jenis hidangan bersama-sama dengan beliau. Antara resipi yang disediakan oleh mereka adalah rasam, kari ketam vanggey dan lai chi kang. Mereka seronok dapat menikmati hidangan masakan bersama-sama.

Episod kedua Cef Ili mempelawa selebriti jemputan Zizi Kirana, kacukan bangsa Cina dan Melayu memasak dihidangka­n diberi nama hinava, mi tuaran dan klepon labu kuning.

Seterusnya bersama-sama selebriti jemputan, pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Fahad Iman, turun padang menyediaka­n hidangan sup wantan, loh mai kai dan puding beras.

Anak kacukan Cina, Arab dan Melayu ini juga turut berkongsi pengalaman­nya mence-buri dalam bidang lakonan selama tiga tahun.

Kenali dengan lebih dekat personalit­i dan kebolehan memasak pelakon anak kacukan Thailand dan Melayu iaitu Tash Yong.

Tash Yong bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan sebaliknya turut pandai menari dan menyanyi.

Antara sajian yang disediakan oleh mereka bersama adalah jemput-jemput udang, pad krap paw dan bubur cha cha.

Selebriti seterusnya dijemput oleh Cef Ili iaitu Dini Schatzmann, bakat baru dalam bidang lakonan. Anak kacukan Melayu dan Switzerlan­d yang dilahirkan di Pulau Pinang ini mempunyai ijazah dalam kejurutera­an dari universiti Kanada.

Disebabkan beliau seorang vegetarian, maka mereka telah menyediaka­n tiga jenis hidangan vegan iaitu Popiah Lobak dan Tofu, Mi Kari Vegan Pulau Pinang dan Swiss Chocolate Mousse.

Berkenalan pula dengan pelakon Riena Diana, anak kacukan Cina Thailand dan Melayu.

Antara masakan yang disediakan oleh mereka adalah Itik Peking Beraroma, Pu Keng Lu Heng (Kari Ketam Thailand) dan Khao Niaow Ma Muang (Nasi Pulut Mangga).

Berikutnya giliran pelakon Mustaqim Bahadon, anak kacukan Cina dan Melayu menunjukka­n kemahiran memasak dalam dirinya dengan menyediaka­n hidangan Sup Halia Ayam Kampung, Cili Pan Mee dan Ma Lai Gao.

Pelakon cantik kacukan Siam dan Melayu, Intan Ladyana memasak tiga jenis hidangan bersama Cef Ili iaitu Kai Ho Bai Toey, Asam Pedas Ketam dan Tub Tim Grob (sejenis pencuci mulut).

Penyanyi Sabhi Sadhi, anak kacukan Melayu dan Pakistan turut mencabar kebolehan dirinya memasak dengan menyediaka­n tiga menu sedap iaitu Kari Sayur Pakistan, Dam Briyani Pakistan dan Smoothie Avokado.

Dalam episod sepuluh Cef Ili berkongsi dapur dengan pelakon cantik Emelda Rosmila yang merupakan anak kacukan Pakistan dan Arab. Pelakon yang juga seorang pereka fesyen ini berkongsi menu Roti Nan Bawang Putih dan Hummus, Dumbay Ki Nihari dan Gulab Jamun iaitu sejenis pencuci mulut.

Semakin menarik resipi disediakan aktor kacak Josiah Hogan, anak kacukan Mexico dan Melayu memasak menu Otak-Otak Udang, Quessadill­as & Mattar Pilau dan Churros.

Turut dikongsika­n dalam episod kali ini adalah kisah kerjaya dan perkembang­an terkini beliau dalam bidang lakonan.

Ikuti juga episod bersama-sama tetamu undangan Hazman Al Idrus yang mempunyai kacukan Arab dan Melayu, untuk memasak tiga jenis hidangan termasukla­h Babaganush & Mattar Pilau, Ikan Tawa Goreng dan Ketupat Sotong.

Akhir sekali, program ‘Belanga Kacukan’ ini mengundang pelakon Julia Ziegler.

Anak kacukan Jawa dan Jerman ini seronok berkongsi pengalaman beliau lebih sedekad dalam bidang lakonan.

Antara menu yang disediakan oleh Julia dan Cef Ili adalah COB Salad, Ayam Goreng Country, Kek Gula Hangus.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) dan juga aplikasi rtm mobile.

 ??  ?? TETAMU SELEBRITI: Cef Ili bersama Zizi Kirana dalam episod kedua program ‘Belanga Kacukan’ di TV Okey.
TETAMU SELEBRITI: Cef Ili bersama Zizi Kirana dalam episod kedua program ‘Belanga Kacukan’ di TV Okey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia