Utusan Borneo (Sabah)

KEMENANGAN ANIFAH TERBATAL

Petisyen PRU14 Kerusi Parlimen Kimanis

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Mahkamah khas Pilihan Raya di sini, memutuskan kemenangan calon Barisan National (BN) Datuk Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, pemeriksaa­n semula peti-peti undi mendapati terdapat unsurunsur penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Menurutnya, penambahan kertas undi tidak berkaitan menjadi kesalahan serius yang mempegaruh­i keputusan pilihan raya terbabit, oleh itu kemenangan sebelum ini adalah terbatal.

Walau bagaimanap­un plantif Datuk Karim Bujang, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) diarahkan membayar kos sebanyak RM105,000 kepada Anifah, kerana gagal membuktika­n dakwaan elemen rasuah.

Sementara Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) diperintah­kan membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Karim.

Pada 18 Jun tahun lalu, petisyen terhadap kerusi Parlimen Kimanis difailkan Karim dengan menamakan Anifah sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan SPR masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Petisyen berkenaan difailkan bagi mencabar keputusan PRU14 sebelum ini yang menyaksika­n kemenangan Anifah.

Peguam Frederick Chang Tyn Chi mewakili Karim menyatakan, mahkamah memutuskan bahawa Anifah tidak dipilih secara sepatutnya dan memerintah­kan deposit sebanyak RM10,000 dibayar balik kepada Karim.

Tambahnya, mahkamah mendapati tiada unsurunsur dakwaan rasuah, namun mereka berjaya membuktika­n pilihan raya terbabit tidak dikendalik­an dengan betul mengikut Seksyen 32 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Frederick dibantu Syaiful Sufyyan Sidin dan Wilson Lai.

Anifah diwakili peguam Ansari Abdullah, Rizwandean Bukhori M.Borhan, Peter Lee, Roland Cheng, Safrin Saleh Nain, Mohd Amirul Amin, Wilsan Chai dan Tengku Fuad Ahmad.

Pegawai Pilihan Raya dan SPR diwakili peguam Faizal Sarbi, Abdul Fikri Jaafar Abdullah dan Muammar Julkarnain.

 ??  ??
 ??  ?? HANGAT: Hakim Lee Heng Cheong ketika ditemui media kelmarin.
HANGAT: Hakim Lee Heng Cheong ketika ditemui media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia