Utusan Borneo (Sabah)

Jalan rosak dibaiki, lebih 2,000 penduduk terima manfaat

Lebih 2,000 penduduk akan terima manfaat

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Lebih 2, 000 penduduk bakal menerima manfaat apabila kerja-kerja membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh di KM2.4 Jalan Ayer Panas di sini diselesaik­an kelak.

Pembantu Menteri Kewangan; Sarifuddin Hata berkata, kerosakan sepanjang 40 meter dan melibatkan kos kira-kira RM500, 000 itu dijangka selesai dalam tempoh 12 minggu.

“Tanah runtuh ini berlaku semenjak 2017 lagi dan kita difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa minggu hadapan kontraktor akan memulakan kerja-kerja mereka.

“Laluan ini penting kerana bukan sahaja digunakan penduduk setempat tetapi digunakan juga oleh pengguna lain yang hendak ke Sin Onn Tiku (atau Batu 8 Ranggu),” katanya.

Sarifuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai berkata demikian semasa ditemui wartawan dalam lawatan kerjanya ke lokasi projek di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri amat mengutamak­an keperluank­eperluan infrastruk­tur seperti jalan raya, elektrik dan air bersih untuk rakyat.

“Amat mengecewak­an kita apabila perihal kemudahan asas untuk rakyat tidak menjadi keutamaan kerajaan terdahulu, sedangkan perkara ini menjadi keutamaan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jalan rosak di Jalan Merotai dekat Kg Bukit pula dijangka dapat disiapkan menjelang Mac 2020 selepas isu tanah dengan Sime Darby diselesaik­an.

Pada masa sama, isu sewa lot pasar di Air Panas juga disifatkan­nya sudah selesai apabila persetujua­n dicapai dengan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menurunkan kos sewa.

“Aduan penduduk diberi perhatian dan jika sewa dahulu RM20 sehari, namun kini mereka dikenakan caj sebanyak RM10 sehari untuk memasak dan RM5 untuk jual sayur.

“Keputusan (menurunkan caj sewa) ini dibuat memandangk­an kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi tidak begitu baik dan perniagaan mereka kurang memberangs­angkan.

“Kita juga menerima reaksi positif warga Cina di Air Panas yang berterima kasih kepada JKR dan kerajaan kerana memasang enam lampu jalan di kawasan gelap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Sarifuddin turun padang meninjau keadaan kerosakan jalan yang berlaku di KM2.4 Jalan Ayer Panas Tawau.
TINJAU: Sarifuddin turun padang meninjau keadaan kerosakan jalan yang berlaku di KM2.4 Jalan Ayer Panas Tawau.
 ??  ?? RUNTUH: Kerosakan jalan di KM2.4 Jalan Ayer Panas Tawau ini berlaku akibat kesan tanah runtuh semenjak 2017.
RUNTUH: Kerosakan jalan di KM2.4 Jalan Ayer Panas Tawau ini berlaku akibat kesan tanah runtuh semenjak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia