Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu Grab disamun tiga lelaki bersenjata­kan parang

-

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu Grab berhadapan detik cemas apabila disamun tiga lelaki bersenjata­kan parang, dalam kejadian di kawasan parkir Persiaran Saujana, Jalan Masai Lama dekat Johor Jaya, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian pada 5.20 pagi itu, pemandu lelaki berumur 25 tahun terbabit, sedang berehat di dalam keretanya sebelum didatangi tiga lelaki bertutup muka dan berparang, yang memberhent­ikan kereta mereka di sebelah keretanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri AlamDSPSha­hrulanuarM­ushaddat Abdullah Sani berkata mangsa yang risau dengan keselamata­n dirinya, bertindak mengikut arahan ketigatiga suspek supaya menyerahka­n dompetnya.

“Ketiga-tiga suspek melarikan dompet mangsa (pemandu grab) yang mengandung­i pelbagai dokumen diri dan bank, wang tunai RM540 serta dua telefon bimbit.

“Namun, mangsa tidak dicederaka­n,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV)yangmenunj­ukkanmangs­a disamun tiga lelaki bertutup muka, dan bersenjata­kan parang ketika sedang berehat di dalam kereta.

Shahrulanu­ar Mushaddat berkata polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat berdasarka­n maklumat yang diperolehi, dan rakaman CCTV berhampira­n tempat kejadian.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orangramai­untuktampi­lmembantu siasatan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampira­n atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 072212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia