Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara lancar dua peluru berpandu tidak dikenali: JCS

-

SEOUL: Korea Utara telah melancarka­n dua peluru berpandu yang tidak dikenali ke arah Laut Timur semalam, yang keenam seumpamany­a dalam tempoh tiga minggu, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.

Peluru berpandu itu dilancarka­n dari daerah pantai timur Tongchon di Wilayah Kangwon pada awal pagi semalam, menurut Ketua Turus Bersama (JCS).

Tiada butiran lain diketahui termasuk jenis, jarak penerbanga­n dan ketinggian maksimum.

“Tentera kami kini memantau situasi itu kalaukalau terdapat pelancaran tambahan sambil mengekalka­n kesiapsiag­aan,” menurut JCS dalam satu kenyataan ringkas.

Pelancaran semalam berlaku enam hari selepas Korea Utara menembak dua peluru berpandu dipercayai daripada jenis balistik jarak dekat ke arah Laut Timur.

Ia merupakan yang keenam sejak 25 Julai ketika ia melancarka­n dua peluru berpandu jarak dekat yang baharu dibangunka­n dan diberi nama KN-23.

Sementara itu, Korea Utara semalam berkata Pyongyang tidak berhasrat untuk berunding lagi dengan Korea Selatan dan menyifatka­n harapan meneruskan semula perbincang­an selepas latihan ketenteraa­n bersama Seoul dengan Amerika Syarikat (AS) berakhir adalah sesuatu yang “tidak masuk akal,” lapor agensi berita Yonhap.

Kenyataan itu dibuat oleh jurucakap Jawatankua­sa Korea Utara bagi Penyatuan Semula Kedamaian Negara ketika ia melancarka­n dua lagi peluru berpandu tidak dikenali ke arah Laut Timur, yang keenam seumpamany­a dalam tempoh tiga minggu, pada hari sama.

“Pihak berkuasa Korea Selatan sedang mengintai peluang untuk menangguk di air yang keruh dalam dialog DPRK-AS akan datang, dengan mengimpika­n bahawa fasa dialog itu akan berlaku secara semula jadi selepas latihan ketenteraa­n bersama tersebut sama seperti perubahan semula jadi pada tahun ini. Mereka perlu melupakan perkara yang tidak masuk akal ini,” menurut kenyataan itu seperti dilapor oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

DPRK adalah singkatan nama rasmi Korea Utara iaitu Republik Demokratik Rakyat Korea.

“Mereka dapat melihat dengan jelas apa yang kami rasakan sekarang dan kami tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dibincangk­an dengan pihak berkuasa Korea Selatan atau hasrat untuk berunding lagi dengan mereka,” katanya.

Korea Utara telah menyelar tindakan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraa­n bersama dengan AS, yang bermula pada awal bulan ini dan mendakwa ia adalah latihan untuk menceroboh Korea Utara.

Korea Utara baru-baru ini mengatakan bahawa dialog antara Korea tidak akan diteruskan kecuali Korea Selatan memberikan satu “alasan yang munasabah” bagi tindakanny­a mengadakan latihan ketenteraa­n bersama dengan AS. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? UJIAN TERBAHARU: Seorang pejalan kaki memandang pada skrin televisyen di sebuah kedai di tepi jalan Tokyo, Jepun, yang melaporkan mengenai tindakan Korea Utara melancarka­n dua peluru berpandu yang tidak dikenali ke arah Laut Timur pada awal semalam.
— Gambar AFP UJIAN TERBAHARU: Seorang pejalan kaki memandang pada skrin televisyen di sebuah kedai di tepi jalan Tokyo, Jepun, yang melaporkan mengenai tindakan Korea Utara melancarka­n dua peluru berpandu yang tidak dikenali ke arah Laut Timur pada awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia