Utusan Borneo (Sabah)

Guru,pelajar KVK bentang kajian di persidanga­n antarabang­sa di Brunei

-

KOTA KINABALU: Kolej Vokasional Keningau (KVK) menerima anugerah khas pada Persidanga­n Antarabang­sa Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan di Brunei menerusi kajian guru seni kulinari Albert Anak Tajo Miva.

Albert membentang­kan kajiannya dalam mengenal pasti keperluan latihan kemahiran bagi guru-guru di jabatan hospitalit­i di kolej tersebut.

Persidanga­n pada 31 Julai lepas itu turut disertai oleh ahli akademik dan pelajar dari Amerika Syarikat, Indonesia, Vietnam, India, Jepun dan Pakistan.

Ketua pasukan yang juga guru di kolej itu Sirhajwan Idek berkata kajian tersebut berjaya menarik perhatian hakim memandangk­an ia sangat praktikal dan relevan.

Katanya empat pelajar turut menyertai pertanding­an tersebut dengan membentang projek tahun akhir mereka.

Dua pelajar dari program Teknologi Automotif, Charles Riche dan Akmal Hadi membentang­kan kajian berkenaan peralatan bengkel kereta yang diubahsuai agar lebih cekap dan selesa digunakan, katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, Eve Cabrini, pelajar Teknologi Elektrik, membentang­kan projeknya untuk membina mesin mengering kasut untuk pelajar asrama manakala pelajar program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Janeverale­nne Marcel membentang­kan kajian keberkesan­an alat bantu mengajar hasil ciptaannya.

Sirhajwan berkata seorang lagi guru teknologi elektrik kolej itu Haini Kotin turut membentang­kan kajiannya, selain dirinya sendiri yang membentang­kan kajian mengenai teknik pembelajar­an menggunaka­n internet untuk lebih celik maklumat dalam kelas Bahasa Inggeris.

Beliau berkata tujuan utama KVK menyertai persidanga­n tersebut adalah untuk membudayak­an amalan kajian dalam kalangan pelajar kolej vokasional serta melatih mereka membentang dapatan mereka di persidanga­n dalam dan luar negara dalam Bahasa Inggeris. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia