Utusan Borneo (Sabah)

Keadaan OCPD Besut stabil, pakar perubatan berjaya sambung ibu jari putus

-

KOTA BHARU: Keadaan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini selepas ditetak seorang lelaki pesakit mental tengah hari Khamis adalah stabil.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata doktor pakar di hospital berkenaan juga telah berjaya menyambung semula ibu jari kanan Mohd Zamri yang terputus dalam serangan pada pukul 12.50 tengah hari itu.

“Saya telah diberi taklimat oleh doktor yang memaklumka­n beliau stabil dan kini dalam pemerhatia­n doktor perubatan.

“Alhamdulil­lah dalam pembedahan selama 17 jam sejak petang semalam, pakar perubatan telah berjaya menyambung semula ibu jari yang putus itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan terhadap Mohd Zamri di ICU HUSM itu pada Jumaat.

Mohd Zamri kini menerima rawatan selepas diserang menggunaka­n parang oleh seorang lelaki pesakit mental menyebabka­n luka di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari kanan di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut tengah hari Khamis.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah MohammadPi­ahdanPenga­rah Kampus Kesihatan HUSM Prof. Datuk Dr Ahmad Sukari Halim.

Mengulas isu serangan itu, Mazlan berkata serangan berkenaan dilakukan oleh penyerang yang mengalami masalah mental dan polis tidak mengaitkan unsur jenayah lain berkaitan insiden itu.

“Suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes itu tidak menjurus kepada gangguan keselamata­n penjawat awam khusus kepada Ketua Polis Daerah.

“Kes itu membabitka­n pesakit mental...itu saja dan tidak ada jenayah dan unsur yang boleh mengaitkan dengan jenayah lain,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pakar perubatan hospital itu yang telah berjaya menyambung semula ibu jari tersebut.

Sementara itu Dr Ahmad Sukari berkata ketika ini pakar perubatan sedang memantau keadaan ibu jari Mohd Zamri selepas melakukan pembedahan yang disifatkan beliau sebagai agak rumit.

Isteri Mohd Zamri, Azini Mamat, 51, bagaimanap­un enggan memberikan sebarang komen mengenai keadaan suaminya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia