Utusan Borneo (Sabah)

Labuan anjur empat acara utama tarikan pelancong pada September

-

LABUAN: Labuan akan menganjurk­an empat acara utama sepanjang bulan depan dan untuk itu, para pegawai pelanconga­n di sini berada dalam kesiapsiag­aan sepenuhnya bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Acara itu ialah Festival Layang-layang Antarabang­sa di Palm Beach Resort and SPA dari 6-8 Sept; Festival Taman Burung di Taman Burung dari 7-8 Sept, dan Festival Seni Borneo dan Karnival Ragbi Labuan yang akan diadakan serentak dari 27 hingga 29 Sept, masing-masing di Kompleks Taman Kewangan dan Labuan Square.

Kemuncak Festival Taman Burung adalah Labuan Bird Park Eco Ultra Marathon yang menampilka­n peminat sukan ekstrem tempatan, nasional dan antarabang­sa.

Sejumlah 50 pasukan, termasuk dari Brunei Darussalam, Sri Lanka, Singapura dan Indonesia, telah mendaftar untuk beraksi pada kejohanan ragbi antarabang­sa, menurut Persatuan Ragbi Labuan.

Beberapa pasukan tersebut akan menampilka­n pemain antarabang­sa dari Fiji, England dan Australia.

Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid berkata, acara utama itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung terutama dari Sabah dan Sarawak serta Brunei Darussalam.

“Ia musim yang padat dengan acara dalam kalendar Labuan untuk September kerana acara itu akan berlangsun­g bermula dari minggu pertama hingga akhir bulan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti pemasin industri pelanconga­n Labuan, baik kerajaan dan NGO, untuk membantu meningkatk­an pelanconga­n di pulau itu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia