Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa musibah terima bantuan dari Zakaria

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Mangsamang­sa dua kejadian musibah di kawasan Libaran telah menerima bantuan dari Ahli Parlimenny­a; Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Zakaria yang juga Ketua Penaja Pimpinan Bersatu Bahagian Libaran telah melawat mangsamang­sa terbabit untuk menyampaik­an bantuan berbentuk barangan keperluan harian serta sumbangan peribadi.

Beliau berharap bantuan yang disampaika­n itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban mangsa dan juga meminta mereka bersabar menghadapi musibah sementara menunggu bantuan dari pihak agensi kerajaan lain.

Mangsa terdiri dari penghuni empat buah rumah di Kampung Gum Gum dimana zink bumbung rumah diterbangk­an angin kencang semasa ribut minggu lepas.

Turut hadir pegawaipeg­awai dari Majlis Perbandara­n Sandakan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Libaran; Kamal M. Said, Ketua SriKandi Libaran; Anabel Perian serta AJK beliau, AJK-AJK Bersatu Libaran dan pemimpin masyarakat setempat.

Sebelum ini, Zakaria telah melawat mangsa kebakaran di Kampung Semawang Laut untuk menyampiak­an bantuan dan sumbangan peribadi kepada mereka pada Ogos 13.

Seramai 11 orang dari dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka musnah dalam kebakaran pada Ogos 12.

“Syukur Alhamdulil­ah, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua-dua kejadian tersebut.

“Pihak saya akan berbincang dengan agensiagen­si kerajaan berkenaan untuk mengenalpa­sti jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa kedua-dua musibah ini,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Zakaria menyampaik­an bantuan kepada salah seorang wakil mangsa di Kampung Gum Gum.
BANTUAN: Zakaria menyampaik­an bantuan kepada salah seorang wakil mangsa di Kampung Gum Gum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia