Utusan Borneo (Sabah)

Pecah rumah: Warga asing dipenjara 24 bulan

Tertuduh turut terlibat dengan kes lain

-

Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri dalam kejadian pada Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Asran Supian mengaku bersalah di hadapan Majistret Ryan Rayner yang kemudian memerintah­kan hukuman berjalan berasingan dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas memecah masuk rumah dan mencuri sebuah komputer riba jenama Acer, telefon bimbit iPhone dan Samsung, duit syiling dalam satu bekas tupperware, serangkai kunci rumah dan kunci kenderaan yang dianggar kerugian bernilai RM2,200 di sebuah rumah di Taman Palm Heights, pada 26 Julai 2019, jam 4 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun dan denda.

Dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun, dan bagi kesalahan kedua hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh sempat keluar melalui tingkap tandas rumah setelah kegiatan disedari pengadu.

Dan selepas laporan, satu tangkapan dan rampasan barang kes ke atas tertuduh dibuat di rumah tidak bernombor depan Shell iPeak pada 27 Julai 2019 jam 12.30 pagi.

Tertuduh turut terlibat dengan kes lain dan barangan curi berupa satu beg sandang, satu laptop, dan telefon bimbit di Kampung Desa Bajau.

Pegawai Pendakwa dikendalik­an Inspektor Zubaedah Mohd Kassim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia