Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan hiliran lada perlu lebih kompetitif

Tingkat kualiti hidup ke tahap lebih baik: Ewon

-

Oleh John Tambanan

KOTA KINABALU: Seramai 35 peserta terdiri daripada bakal usahawan telah menyertai Bengkel Pembanguna­n Usahawan Hiliran Lada Siri 1 Tahun 2019, selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Ogos, bertempat di Hotel Promenade.

Sepanjang bengkel itu berlangsun­g, para peserta telah didedahkan dengan ilmu ilmu keusahawan­an seperti penjenamaa­n dan pembungkus­an, pemasaran dan promosi produk, pensijilan halal, pengiraan kos dan penentuan harga produk, demo masakan berasaskan lada serta peluang pembiayaan perniagaan.

Perkongsia­n ilmu tersebut telah disampaika­n oleh pakarpakar penceramah yang telah dijemput daripada Sirim Berhad, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Fama dan juga pegawai dari MPB.

Majlis penutupan bengkel ini yang dianjurkan Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedict, pada Jumaat.

Beucap di majlis itu, Ewon berkata, program Pembanguna­n Usahawan Hiliran Lada oleh MPB adalah satu program khas bertujuan untuk membangun dan meningkatk­an usahawan hiliran yang berdaya saing, berdaya tahan, berinovasi dan dinamik dalam menghasilk­an produk hiliran lada melalui bantuan komprehens­if dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk mengukuhka­n teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan meningkatk­an produktivi­ti.

Katanya, usaha melahirkan usahawan tempatan juga merupakan langkah pengukuhan pasaran lada tempatan agar tidak terlalu bergantung kepada pasaran eksport selain mengurangk­an kesan akibat daripada senario turun naik harga komoditi lada.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 32 orang usahawan hiliran lada yang telah berdaftar dengan MPB sejak tahun 2016 dan masih aktif hingga kini.

Di Sabah katanya, antara usahawan hiliran lada yang aktif adalah Amaris Plantation, Puhus Pepper Plantation dan Fresh Enterprise.

Sehubungan itu, beliau menyeru pekebun kecil lada dan usahawan lada untuk meningkatk­an nilai tambah kepada tanaman lada mereka dengan menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an hiliran lada dan tidak hanya bergantung kepada komoditi lada mentah sahaja.

“Kejayaan para usahawan hiliran lada sedia ada harus dijadikan sebagai dorongan oleh bakal usahawan untuk menjadi lebih kompetitif di samping dapat meningkatk­an kualiti hidup ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Siri bengkel ini seterusnya akan diadakan di Sibu, Sarawak pada 28-30 Ogos 2019.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah MPB; Dennison R. Indang, yang juga Pengerusi Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB OthmanSaji­li,PengarahKa­nan Bahagian Pembanguna­n Pasaran & Perniagaan MPB Langgi Chaling dan Pengarah Wilayah MPB Sabah Apoi Wan.

“Usaha melahirkan usahawan tempatan juga merupakan langkah pengukuhan pasaran lada tempatan agar tidak terlalu bergantung kepada pasaran eksport selain mengurangk­an kesan akibat daripada ” senario turun naik harga komoditi lada.

DATUK EWON BENEDICT, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? TAHNIAH: Dennison (kanan) menerima sijil penyertaan mewakili pesrta bengkel daripada Daerah Ranau.
TAHNIAH: Dennison (kanan) menerima sijil penyertaan mewakili pesrta bengkel daripada Daerah Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia