Utusan Borneo (Sabah)

Keterangan baharu dikemukaka­n untuk gugurkan Sri Ram sebagai DPP

-

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan untuk mengemukak­an keterangan baharu dalam rayuan mereka untuk menggugurk­an bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes mereka.

Muhammad Shafee memberitah­u tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa mereka telah memfailkan notis usul semalam untuk memohon kebenaran untuk memasukkan surat pelantikan Sri Ram sebagai keterangan baharu dalam rayuan mereka.

Beliau berkata beliau diberi surat pelantikan Sri Ram pada 9 Ogos tahun ini susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 7 Ogos yang membenarka­n rayuan Najib supaya pihak pendakwaan mengemukak­an surat pelantikan Sri Ram kepada pihak pembelaan.

Pada7Ogosl­epas,paneltujuh anggota hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk menggugurk­an Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes perbicaraa­n 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang dihadapi Najib.

Muhammad Shafee memberitah­u mahkamah hari ini Sri Ram tidak sepatutnya dilantik mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah kerana seksyen itu hanya terpakai kepada timbalan pendakwa raya, sebaliknya beliau (Sri Ram) sepatutnya dilantik atas dasar ad hoc.

Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang mempengeru­sikan panel hakim itu kemudian menjadualk­an semula pendengara­n permohonan dan rayuan kepada 26 Ogos selepas membenarka­n permohonan penangguha­n oleh peguam kanan persekutua­n Shamsul Bolhassan.

“Terdapat sijil perakuan segera yang difailkan, bermakna kes ini mesti dengar awal,” kata Hakim Hasnah, yang bersidang bersama-sama Datuk Lau Bee Lan dan Datuk Has Zanah Mehat.

Shamsul yang hadir bagi pihak Peguam Negara/ Pendakwa Raya, kerajaan dan Sri Ram memberitah­u mahkamah beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada satu afidavit jawapan perlu difailkan kepada notis usul itu.

Katanya beliau akan memaklumka­nmahkamahd­an Muhammad Shafee sebelum Rabu (21 Ogos) sekiranya tiada keperluan untuk memfailkan afidavit itu.

Hakim Hasnah turut mengingatk­an Muhammad Shafee untuk memfailkan hujahan bertulis beliau sebelum 20 Ogos.

NajibdanMu­hammadShaf­ee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Feb tahun ini yang menolak permohonan mereka untuk mendapatka­n kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes mereka.

Muhammad Shafee mewakili Najib selain mewakili dirinya sendiri dalam prosiding kes itu semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia