Utusan Borneo (Sabah)

Benny pengerusi baharu Jemaah Pengarah PPK Inanam

-

Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU:Usahawan muda Benny Franklin Hartheman, 33, dipilih sebagai pengerusi baharu Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Inanam sesi 2019-2021.

Usahawan dari Kampung Ratau Manggatal itu dipilih dengan sokongan majoriti dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Inanam di premis PPK Inanam di Taman Fuliwa, Tebobon, Manggatal kelmarin.

AJP PPK Inanam terdiri daripada 12 orang di mana tujuh daripadany­a dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini manakala lima lagi adalah secara lantikan

Tujuh yang terpilih semasa AGM terdiri daripada Benny, Punil Matidis, Vitalis Gulabok, Julian Goduli, Jonigu @ Jenigo Mogunting, Samie Sandau dan Sylvester Petrus manakala lima lantikan terdiri daripada Norazizone Norhan, Mohd Abdillah Matlin, Darren Daxter Mujin, Poulyou Gapis dan Salmah Singa.

Benny, Vitalis, Julian, Jenigo, Samie dan Sylvester adalah muka lama dalam barisan AJP manakala selebihnya muka baharu.

Benny ketika ditemui selepas mesyuarat berterima kasih kepada AJP kerana memberi kepercayaa­n kepadanya menerajui PPK Inanam.

“Saya akan cuba yang terbaik membantu PPK dan juga ahli peladang kawasan ini. Dengan kerjasama semua, saya percaya kami mampu membuka lembaran baharu PPK Inanam.

“Barisan AJP kali ini adalah gabungan muka lama dan baharu dengan masingmasi­ng memiliki kemahiran yang boleh dimanfaatk­an. Saya yakin gabungan inilah yang akan menjadi kekuatan PPK Inanam,” katanya.

Benny adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Teknologi Tumbuhan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Antara objektif utama saya ialah membantu meningkatk­an kesejahter­aan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaa­n projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovati­f yang telah dibangunka­n dan sedia dilaksanak­an secara mampan,” katanya.

Mesyuarat AJP itu dipengerus­ikan wakil kepada wakil pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Sri Suyanti Mohd Jafar.

Turut hadir ialah Pengurus Besar PPK Inanam; Semiseh Hassan dan Pengurus Hal Ehwal Korporat; Junainah Baharuddin.

 ??  ?? ALBUM: Barisan AJP PPK Inanam sesi 2019-2021yang dipengerus­ikan Benny (berdiri di tengah). Turut bersama ialah Sri Syuyanti (duduk dua dari kanan), Semiseh ( duduk di kanan) dan Junainah (berdiri di kanan).
ALBUM: Barisan AJP PPK Inanam sesi 2019-2021yang dipengerus­ikan Benny (berdiri di tengah). Turut bersama ialah Sri Syuyanti (duduk dua dari kanan), Semiseh ( duduk di kanan) dan Junainah (berdiri di kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia