Utusan Borneo (Sabah)

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

-

PEKAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin semalam, berkata beliau menerima keputusan Kabinet melanjutka­n lesen operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini.

“Ini adalah keputusan Kabinet yang telah dibincangk­an dan dipersetuj­ui. Saya adalah ahli Kabinet, jadi saya perlu mengikut keputusan yang diputuskan oleh Kabinet,” katanya semasa ditanya pendiriann­ya dalam isu itu.

Zuraida berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penyampaia­n hadiah acara memanah Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di Arena Mahkota di sini, semalam.

Beliau juga memaklumka­n kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk membuat semakan tapak yang sesuai dijadikan Tapak Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa Water Leach Purificati­on (WLP) yang dihasilkan Lynas.

Pembinaan PDF dalam tempoh enam bulan adalah antara syarat yang wajib dipenuhi Lynas dalam keputusan Kabinet melanjutka­n lesen operasi kilang itu, yang dijadualka­n berakhir bulan hadapan, kepada tempoh enam bulan.

“Kerajaan negeri akan mencadangk­an tapak untuk PDF dan kerajaan Persekutua­n akan membuat semakan sama ada sesuai atau tidak. Ia perlu mengikut garis panduan standard seperti berapa jauh dari penduduk dan kawasan perumahan.

“Setakat ini, kita belum mendengar ada tapak yang telah dicadangka­n, namun kita harap kerajaan negeri beri kerjasama kepada Lynas supaya mereka boleh membuat perancanga­n berhubung tapak PDF itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden lif ter

BAKAT: Zuraida membidik sasaran ketika menunjuk bakat memanah semasa hadir meninjau Pertanding­an Memanah sempena Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang Kali Kelapan di Lapang Sasar Arena Mahkota semalam.

hempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu, Zuraida berkata siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian masih berjalan.

Beliau juga memaklumka­n kementeria­nnya akan mengadakan mesyuarat pelarasan bagi memastikan lif di kawasan perumahan dipantau dan diselengga­ra secara berkala bagi mengelakka­n kejadian sama berlaku.

“Lif ini dibawah kelolaan Kementeria­n Sumber Manusia di mana ia adalah kawalan Niosh di bawah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan dan mereka yang membuat keputusan.

“Namun, memandangk­an insiden ini membabitka­n perumahan rakyat di bawah KPKT, jadi kita akan memastikan setiap lif yang ada dilakukan pemantauan berkala dan harus dipantau serta diselengga­ra mengikut jadual,” katanya.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia