Utusan Borneo (Sabah)

Penghidap sakit tulang belakang bersyukur terima bantuan Peka B40

-

BUTTERWORT­H: Seorang wanita menarik nafas lega dan bersyukur, kerana dapat menjalani pembedahan tulang belakang, selepas menerima bantuan Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) bagi alat perubatan prostesis dan implan untuk tulang belakangny­a, baru-baru ini.

Maznah Abdullah, 60, yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak empat bulan lalu, selepas hampir setahun terjatuh dalam bilik air di rumahnya, menerima bantuan peralatan protesis dan implan, untuk merawat penyakitny­a itu yang bernilai RM10,500.

“Alhamdulil­lah pada 19 Jun lepas makcik selamat menjalani pembedahan, dan baki untuk proses itu (pembedahan) dibantu Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Makcik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutama pihak Peka B40 dan ZPP, kerana jika tanpa bantuan mereka, mungkin makcik masih belum jalani pembedahan, serta dalam kesakitan,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.

Terdahulu Maznah menerima kunjungan Ketua Komunikasi Korporat ProtecHeal­th Corporatio­n (ProtecHeal­th) Sdn Bhd, Khairul Faizi Dalaiil, bagi melihat perkembang­an kesihatan Maznah di rumahnya di Kampung Baru, Bagan Dalam di sini.

Maznah berkata sebelum ini, beliau, suaminya Mohd Ali Mustafa, 66, serta lima anaknya runsing, kerana tidak mempunyai duit mencukupi untuk menampung kos pembedahan, termasuk alat perubatan berjumlah kirakira RM16,000, sebelum dimaklumka­n mengenai Peka B40, satu inisiatif Kerajaan menerusi Kementeria­n Kesihatan bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah.

Menurutnya, beliau dan suami tidak berkerja, malah anak-anak mereka berusia 19 hingga 44 tahun juga bukan orang senang dan hanya mampu memberi bantuan perbelanja­an bulanan sahaja.

Selain Maznah, ProtecHeal­th turut menziarahi seorang lagi penerima bantuan, Yeap Phaik Lee, 55, di Lebuh Macallum, George Town, yang merupakan pesakit kanser payudara dan menerima insentif melengkapk­an rawatan kanser dan tambang pengangkut­an.

Sementara itu, Khairul Faizi berkata Maznah merupakan penerima bantuan paling tinggi Peka B40, dalam usaha Kerajaan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapa­tan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit.

Beliau berkata sejak Peka B40 diperkenal­kan sehingga semalam, seramai 48,416 penerima Peka B40 telah mendapatka­n saringan kesihatan percuma, dan ketika ini 1,310 klinik swasta dan 844 klinik kesihatan Kementeria­n Kesihatan, di seluruh negara didaftarka­n sebagai klinik Peka B40.

“Sehingga semalam juga, pihak kami menerima 265 permohonan membabitka­n RM1.7 juta dan 85 permohonan yang melibatkan kos RM571,120 telah diluluskan, manakala yang lain masih dalam proses.

Manfaat Peka B40 ialah saringan kesihatan percuma di klinik kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapk­an rawatan kanser RM1,000 dan insentif tambang pengangkut­an ke hospital sehingga RM1,000,” katanya.

Menurutnya, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas, secara automatik layak menyertai Peka B40 dan tiada pendaftara­an khusus diperlukan untuk menyertain­ya.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut boleh melayari laman web www.pekab40.com. my atau menghubung­i pusat khidmat pelanggan Peka B40 di talian 03-27307575, katanya.-Bernama

 ??  ?? TERIMA BANTUAN: Ketua Komunikasi Strategik PEKA B40 Khairul Faizi Dalaiil (tengah) bertanyaka­n sesuatu kepada penerima bantuan alat perubatan Maznah Abdullah, 60 (tengah) berjumlah RM10,500 di kediamanny­a dekat Kampung Baru Bagan Dalam semalam. Turut sama suaminya Mohd Ali Mustafa, 66 (kiri).
TERIMA BANTUAN: Ketua Komunikasi Strategik PEKA B40 Khairul Faizi Dalaiil (tengah) bertanyaka­n sesuatu kepada penerima bantuan alat perubatan Maznah Abdullah, 60 (tengah) berjumlah RM10,500 di kediamanny­a dekat Kampung Baru Bagan Dalam semalam. Turut sama suaminya Mohd Ali Mustafa, 66 (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia