Utusan Borneo (Sabah)

Rekod penyelengg­araan ambulans perlu dilihat semula: Cuepacs

-

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) semalam meminta kerajaan melihat semula rekod penyelengg­araan kesemua ambulans di bawah Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata tindakan ini perlu bagi mengelakka­n insiden nahas melibatkan ambulan sehingga mengorbank­an pemandu dan seorang pesakit di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Slim River pada awal bulan ini, berulang.

Apa yang menyedihka­n, kami (Cuepacs) telah menyemak bersama kesatuan pemandu ambulans, dan kami dapati seolah-olah kenderaan (ambulans) itu tidak diselengga­ra dengan sempurna dan tayar digunakan bukan tayar yang original kerana melibatkan rekahan.

Kita menuntut supaya rekod-rekod penyelengg­araan ambulans dilihat semula supaya tidak berlaku lagi kemalangan maut melibatkan pesakit dan pemandu¡K kita dapati kelemahan yang wujud dalam kes sebegini adalah melibatkan penyelengg­araan¡K rekod-rekod penyelengg­araaan mungkin tidak sempurna, katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs, di sini semalam.

Dalam kejadian pada 4 Ogos, pemandu ambulans Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37 dan pesakit wanita Azizah Dolah, 66, maut selepas ambulans yang dinaiki dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Slim River hilang kawalan akibat tayar belakang sebelah kanan kenderaan itu dipercayai pecah sebelum melanggar penghadang jalan dan terbalik.

Azih berkata syarikat menyelengg­ara ambulans KKM perlu bertanggun­gjawab atas insiden yang berlaku.

Kita minta supaya syarikat yang dilantik menyelengg­ara kenderaan ini dikenakan penalti¡K aspek mengenai keselamata­n ini harus dipertangg­ungjawabka­n kepada syarikat yang telah dilantik kerajaan untuk penyelengg­araan. Saya tidak sebut nama syarikat, tetapi mungkin mereka (kerajaan) tahu syarikat mana yang menyelengg­ara kenderaan KKM ini, katanya.

Azih turut meminta bayaran perlindung­an ex-gratia kepada keluarga Mohd Hafidz disegeraka­n.

Kami difahamkan tuntutan telah dibuat, tetapi masih di peringkat awal. Sepatutnya ia diselesaik­an dalam masa tiga atau tujuh hari, tetapi sekarang dah lebih 10 hari. Sepatutnya perkara ini tidak lagi berbangkit, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Azih berkata kerajaan perlu menyemak semula skim pembantu kesihatan berikutan skim sedia ada memerlukan seseorang pembantu kesihatan mengikuti latihan jangka panjang yang hanya disediakan Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM).-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia