Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 76 orang ditangkap atas kesalahan babitkan kad pengenalan

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 76 orang ditangkap tahun ini kerana kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan kad pengenalan orang lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh.

Tangkapan itu dilakukan dalam beberapa operasi bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, JPN sentiasa memastikan bahawa dokumen yang dibawa rakyat negara ini adalah dokumen sah dikeluarka­n oleh jabatan itu.

Kad pengenalan palsu adalah terlalu rendah kualitinya dan boleh dikesan dengan mudah saja. Bagi pihak kita, kita ada card reader untuk mengesahka­n kandungan dalam kad itu, katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.

Mengulas pindaan Perlembaga­an Persekutua­n yang kini membenarka­n warganegar­a berumur 18 tahun layak mengundi dan didaftarka­n sebagai pemilih secara automatik, Ruslin berkata JPN bersedia membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) melaksanak­an pendaftara­n mereka sebagai pemilih berdaftar.

Beliau berkata JPN akan berkongsi data yang ada di jabatan itu bagi memperkema­skan data yang ada pada SPR.

Ini akan dilakukan melalui perbincang­an antara keduadua pihak bagi memudahkan SPR mengakses data berkenaan, katanya.

Apabila SPR menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, maka kita salurkan maklumat secara berkala kepada SPR. Penurunan had umur mengundi menyebabka­n jumlah pengundi bertambah. Daripada situ kita ada jawatankua­sa khusus di peringkat JPN untuk sentiasa berbincang agar SPR dapat akses, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia